Korang yang undi! TMJ kecewa tindakan Mahathir & MB Johor lembab

Salam takziah buat saudara-saudara seagama kita di Pasir gudang yang mengalami gangguan pencemaran toksik yang diambil ringan oleh menteri-menteri PH hingga sekarang masih belum mengistiharkan darurat walaupun ramai yang jadi mangsa dan ada yang ICU

perkara ini juga mendapat perhatian daripada TMJ sendiri apabila negeri bawah jagaannya ditimpa musih=bah diatas perbuatan tangan manusia

Image may contain: text

luahan TMJ

Image may contain: text

luahan TMJ

Image may contain: text

luahan TMJ

dalam masa yang sama Ahmad Maslan juga turut memberikan kenyataan dan pandangan beliau

Mengisytiharkan darurat bencana untuk Pasir Gudang bukan satu perkara yang senang mencetuskan panik dalam masyarakat seperti yang dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah.

Darurat bencana jerebu pernah diisytiharkan oleh saya bagi seluruh Daerah Muar dan Daerah Ledang pada tahun 2013.

Masa itu, tidak ada seorang pun yang panik.

Pengisytiharan darurat bencana dilaksanakan kerana ia memudahkan operasi bersama kerajaan pusat dengan kerajaan negeri untuk membaik pulih kawasan terjejas dilakukan dengan segera dan secepat mungkin.

Oleh itu, kerajaan PH tak perlu takut untuk isytiharkan darurat jika situasi memerlukannya.

Sebaliknya, kerajaan perlu bertindak dengan pantas dan tegas apabila nyawa dan kesejahteraan rakyat terancam.

Kredit Video: KiniTV.

UPDATE:

Ada yang bertanya mengapa kerajaan BN tidak mengisytiharkan darurat bencana untuk banjir besar pantai timur pada tahun 2014 – seperti darurat bencana jerebu di Johor pada tahun 2013.

Biar saya jelaskan.

Risiko untuk bencana jerebu dan gas toksik untuk menjejaskan harta fizikal rakyat seperti kereta dan rumah tidak tinggi.

Tidak sama seperti banjir besar.

Jika darurat bencana banjir diisytiharkan untuk banjir pantai timur pada masa itu, ia ada implikasi undang-undang kepada tuntutan insuran dari rakyat.

Syarikat insuran mungkin menggunakan klausa ‘force majeure’ untuk mengelak dari menunaikan tuntutan itu.

Setiap situasi adalah berbeza.

Tetapi hak dan kepentingan rakyat tetap merupakan keutamaan dalam sebarang pertimbangan yang menyumbang kepada keputusan kerajaan pusat BN masa itu.

Pada masa bencana banjir tahun 2014, kerajaan BN telah menggerakkan hampir semua agensi persekutuan termasuk Majlis Keselamatan Negara untuk menolong dan memulihkan keadaan.-Najib Razak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*