Konvoi dari KL, meragut di Muar.” – Polis dedah wajah ‘musibat’ seret wanita tepi bangunan

Oh My Media
Baru-baru ini telah tular di media sosial satu video rakaman kes ragut yang berlaku di Muar, Johor. Menerusi video tersebut, kelihatan dua buah motosikal jenis Yamaha Y150 telah meragut beg tangan seorang wanita di tepi sebuah bangunan. Kejadian yang dipercayai berlaku pada 13 April lepas telah viral berikutan tersebarnya rakaman cctv aktiviti jenayah tersebut. Rata-rata netizen galak mengecam kedua-dua peragut itu kerana melakukan jenayah serta mendatangkan kecederaan kepada mangsa. Dari KL buat onar, polis tayang wajah ‘musibat’ yang ragut wanita tepi bangunan di Muar Namun begitu, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Petang tadi Ketua Polis Daerah Muar telah membuat sidang media dengan memaklumkan bahawa peragut-peragut tersebut sudahpun dikenalpasti. Menurut kenyataan daripada pihak polis, tangkapan telah pun dibuat di Cheras dan Rawang, Kuala Lumpur dan suspek-suspek yang terlibat akan direman selama 7 hari. Walau bagaimanapun, pihak polis sedang giat mencari seorang lagi suspek yang masih bebas. Pihak polis turut mendedahkan wajah peragut itu bagi memudahkan urusan penangkapan dijalankan. Melihat daripada kes ragut yang viral ini, rata-rata netizen telah mengucapkan syabas diatas kecekapan IPD Muar dalam menyelesaikan jenayah. Mereka turut berharap supaya peragut yang masih menjadi buruan polis itu segera ditangkap. Sumber : Malaysian Crime WatchPolis Daerah Muar Via : infobenar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*