”Kompang Dipaluu, Pat Sikit YB Buka Langkah”. Peminat Suka Syed Saddiq Berjodoh Dengan Ayana

Kecoh baru-baru ini di sosial media apabila gambar Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq dilihat sedang menikmati makan malam bersama Ayana Jihye Moon dan menjadi perhatian netizen.

Gambar yang dimuat naik oleh YB Syed Saddiq sendiri di IG beliau itu menjadi buah mulut terutama pengikut YB sendiri yang memperkatakan kemesraan terukir di wajah masing-masing.

Untuk rekod nama Ayana Jihye Moon menjadi tular di Malaysia dan Indonesia. Kisahnya menjadi sebutan kerana dia merupakan warga Korea yang cantik memilih untuk menjadi seorang mualaf pada tahun 2012 dan kemudian terus berhijab.

Sementara YB Syed Saddiq pula seorang menteri muda, bujang pula tu. Disebabkan itu rata-rata netizen mengusik beliau dengan cuba menjodohkannya dengan Ayana.

Dalam kapsyen gambar, YB Syed Saddiq menulis:

” Listening to Ayana’s journey to Islam. From Korean & Indonesian politics to her passion in spreading the message of compassion.  All the best in your future pursuits @xolovelyayana..”

Ikutkan memang sesuai sangat Syed Saddiq dengan Ayana, sama cantik sama padan. Mungkin disebabkan itu pengikut YB begitu teruja melihat pasangan ini bergambar bersama. Apatah lagi dalam suasana yang kelihatan agak romantik.

” Dating pun bawak buku nota rare gileee..” komen cimaaaa63

” Moga ini bakal jodoh YB. Maka kecewalah semua gadis gadis di Malaysia..” komen wanfarlee

” KOMPANG DIPALUUUUUUU. PAT SIKIT YB BUKA LANGKAH…” usik laksamanapaan

Sekilas info tentang Ayana.

1) Bekas Anggota F-VE Dolls

Ayana Jihye Moon merupakan bekas anggota kumpulan band wanita, F-VE Dolls. F-VE Dolls merupakan sebuah band Korea dengan dianggotai tujuh orang. F-VE Dolls sempat mengalami perubahan anggota dari berlima menjadi berenam.

2) Peluk Islam Ketika Remaja

Ayana memutuskan untuk memeluk agama Islam ketika dia masih remaja. Gadis yang dilahirkan 28 Disember 1995 ini sangat begitu suka dengan ajaran Islam.

Akhirnya, dia memutuskan untuk mempelajari ilmu Islam melalui internet. Pengalamannya memutuskan untuk memeluk Islam dikongsikan melalui akaun Youtube-nya.

3) Tinggalkan Negara Asal

Tak hanya sekadar mempelajari agama Islam dari internet saja, Ayana juga rela meninggalkan negaranya. Dia memutuskan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Islam di Universiti Islam Malaysia (UIA).

4) Tertarik dengan negara Timur Tengah Sejak kecil

Sememangnya Ayana tertarik tentang Islam sejak dia kecil lagi. Dia begitu tertarik terhadap segala sesuatu tentang Islam, Muslim, Arab, dan Timur Tengah sejak kecil.

5) Cantik Semulajadi

Kecantikan Ayana Jihye Moon tak diragukan lagi. Wajahnya yang putih dan cantik membuat dia tampak bersinar. Namun, kecantikan Ayana ini sebenarnya secara semula jadi tanpa sentuhan pembedahan plastik.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. KakiTular

sumber : tribunenews

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*