Kereta Ini Terbakar Selepas Dirempuh Lori Besar Dan Ada Yang Terperangkap. Apa Yang Terjadi Selepas Itu Mesti Anda Terkejut

Sedang anda menunggu kereta di depan anda bergerak sebab terperangkap di dalam kesesakkan lalulintas tetapi secara tiba tiba satu lori besar yang sebesar lori kontena merempuh semua kereta dari belakang. Lelaki ini menceritakan apa yang telah terjadi pada waktu itu.

Ketika dia menyaksikan adegan yang mengerikan di depannya, Chris White tahu dia harus melakukan sesuatu. “Saya tidak sanggup dengan hanya menonton seseorang terbakar jika saya tidak melakukan sesuatu,” katanya.

Pada petang Ogos pada tahun 2016, treler dengan brek yang tidak berfungsi terbabas dan merempuh beberapa buah kenderaan. Menurut laporan, trak tersebut telah merempuh 10 buah kenderaan di lebuh raya di Binghamton, New York. Kamera papan pemuka sebuah kereta yang turut terlibat dalam kemalangan tersebut merakam detik yang mengerikan tersebut.

Sebuah kereta kecil berwarna putih remuk teruk melanggar penghadang konkrit, dan kelihatan asap berkepul di bahagian belakang kereta tersebut. Wanita di dalamnya terperangkap, tetapi mujurlah, orang ramai yang terlibat dalam kemalangan tersebut bergegas membantu menyelamatkan perempuan tersebut.

Mereka segera menuju ke kereta putih tersebut dan cuba membuka pintu sebelah penumpang, tetapi tidak berjaya apabila api semakin marak merebak ke seluruh bahagian kanan kereta. Pada masa itu, pemandu treler datang dengan alat pemadam api, yang digunakan oleh Chris untuk memadamkan api.

Syukur, wanita itu berjaya ditarik keluar melalui tingkap dan sukar dipercayai, dia hanya mengalami kecederaan kecil.

Datuk Bandar Binghamton, Rich David, memuat naik rakaman video detik dramatik tersebut di Facebook sebagai tanda terima kasih kepada wira-wira yang berusaha menyelamatkan perempuan tersebut walaupun nyawa mereka turut dalam bahaya.

MENDAPAT PUJIAN SEBAGAI WIRA

Chris adalah salah seorang wira yang membantu menyelamatkan nyawa wanita tersebut pada hari itu. Wira-wira yang terlibat menerima anugerah penghormatan daripada Datuk Bandar.

SUMBER : ERA BARU

Rakaman dash cam ketika kejadian berlaku.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*