Kek cawan berhiaskan ‘a lat sul it’di ‘Bachelorette Party’ NELYDIA, pelakon Nadiyah Shahab dedah perkara sebenar yang berlaku

Baru-baru ini, pelakon Nelydia Senrose telah mengadakan Bachelorette Party dan dihadiri hanya kenalan rapatnya sahaja. Kejutan buat bakal pengantin ini tidak hanya disambut meriah dengan ucapan malah, juga ada sesi menari sesama mereka.

Apa yang menarik perhatian di sini adalah beberapa video dan foto cupcakes berbentuk kemaluan dan payudara wanita.

Cupcakes bentuk kemaluuan

Bentuk Cupcake pelik, menyerupai & Tarian Menggoda Ketika Bachelorette Party Nelydia Senrose Tarik Perhatian Netizen


Foto ini telah dimuatnaik menerusi IG Story salah seorang kenalan kepada Nelydia Senrose iaitu Nadiyah Shahab. Kelihatan hidangan manisan yang terdapat di atas meja itu terdapat beberapa cupcakes berhiaskan bentuk kemaluan lelaki serta payudara wanita.

Bentuk Cupcake pelik, menyerupai & Tarian Menggoda Ketika Bachelorette Party Nelydia Senrose Tarik Perhatian Netizen

Acara tari menari tertutup

Nelydia sempat memuatnaik video menerusi IG Story akaun rasminya. Bachelorette Party itu telah diadakan pada petang semalam dan dilakukan secara tertutup dihari rakan rapat pelakon ini sahaja. Rakan-rakan yang hadir memeriahkan majlis itu telah datang dengan mengenakan baju tidur berwarna merah dan merah jambu.

Tema baju tidur

Bentuk Cupcake pelik, menyerupai & Tarian Menggoda Ketika Bachelorette Party Nelydia Senrose Tarik Perhatian Netizen Kek cawan berhiaskan ‘alat sulit’ 'Bachelorette Party' NELYDIA, pelakon Nadiyah Shahab dedah perkara sebenar yang berlaku


Bukan salah Nelydia

“NELYDIA tidak tahu apa-apa mengenai kejutan ‘Bachelorette Party’ itu. Dia tidak patut dipersalahkan,” kata pelakon Nadiyah Shahab mengenai kek cawan berhiaskan ‘alat sulit’ yang disediakan dalam majlis itu semalam.

Nadiyah yang turut berada di majlis terbabit berkata, manisan itu disediakan pihak katering yang sekadar memenuhi tema acara.

“Makanan yang dihidangkan pada malam itu disediakan oleh pihak katering yang mengikut tema majlis iaitu ‘Pyjamas Bachelorette Party Nelydia Senrose’.

“Ketika memuat naik gambar juadah makanan di Instagram, saya tidak fikir apa-apa dan tidak menganggap ia menjijikkan. Niat saya hanya mahu berkongsi gambar makanan yang ada pada majlis itu.

“Saya tidak faham kenapa orang perlu mengecam sedangkan ramai saja yang buat manisan sebegitu untuk suka-suka. Lagipun, bukan kami buat perkara tidak baik sepanjang majlis berlangsung,” katanya.

Kek cawan berhiaskan ‘alat sulit’ 'Bachelorette Party' NELYDIA, pelakon Nadiyah Shahab dedah perkara sebenar yang berlaku


KEK cawan kontroversi yang mengundang kecaman warganet. FOTO Instagram Story
Menurut Nadiyah, dia terpanggil untuk menjelaskan perkara itu kerana tidak mahu orang ramai menganggap majlis terbabit parti liar.

” Niat kami baik iaitu mahu memberi kejutan kepada Nelydia yang bakal menamatkan zaman bujang. Kami mahu menghargainya kerana dia wanita yang penyayang.

“Tiada lelaki dalam majlis itu dan semuanya wanita yang terdiri daripada kenalan rapat dan adik-beradik Nelydia.

“Ia hanyalah pertemuan untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada Nelydia yang bakal menempuh alam rumah tangga tidak lama lagi.

“Malah, majoriti yang hadir memuat naik video dan gambar aktiviti yang berlangsung sepanjang acara itu. Kami habiskan masa menghiburkan Nelydia dengan persembahan dan menonton video istimewa yang dibuat khas untuknya,” kata Nadiyah.

Kek cawan berhiaskan ‘alat sulit’ 'Bachelorette Party' NELYDIA, pelakon Nadiyah Shahab dedah perkara sebenar yang berlaku


KELUARGA dan kenalan rapat yang meraikan Nelydia. FOTO Instagram
Terdahulu, manisan berbentuk alat sulit yang dimuat naik di Instagram Story beberapa rakan artis yang hadir pada majlis Bachelorette Party Nelydia mengundang reaksi kurang senang warganet.

Rata-rata menyifatkan majlis kejutan yang dibuat itu tidak senonoh dan seakan berkiblatkan budaya barat.

sumber: hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*