Subhanallah!. Keistimewaan Gadis Cantik Ini Terletak Pada Jari Tangan Dan Jari Kakinya.

Baru-baru ini tular di Twitter apabila Zara @anxiethyst menghantar ciapannya mempamerkan dirinya yang mempunyai lebihan jari pada kedua tangan dan kakinya, menjadikannya 12 jari tangan dan 12 jari kaki.

Zara, gadis cantik berasal dari Indonesia ini dikatakan mempunyai simptom polidaktili. Ternyata mereka yang mempunyai lebihan jari ini dilihat unik!

Apa itu Polidaktili? Ia adalah kelainan fizik genetik pada manusia dengan memiliki lebihan jari tangan atau jari kaki sehingga melebihi daripada lima. Polidaktili berasal daripada bahasa Yunani ‘polys’, yang bererti ‘banyak’ dan ‘daktylos’ yang bererti ‘jari’. Biasanya hanya ada pada satu sisi tangan, terletak di sisi ibu jari (radial), kelingking (ulnar), atau di tengah (central). Jari kelingking tambahan (post-axial polydactyly) paling biasa ditemui pada populasi orang kulit hitam.

Berikutan itu, Zara, gadis dari Indonesia ini menerima banyak komen dan ini jawapan-jawapannya.

1. Ya, kesemua jari-jemari saya boleh berfungsi sepenuhnya. Ada tulang, saraf, dan kuku yang tumbuh. Dalam bidang perubatan, ia dipanggil ‘polydactyly’ dan keadaan saya ini berlaku disebabkan genetik daripada moyang ibu saudara juga yang turut memilikinya.

2. Bagaimana rasanya memiliki 6 jari? Rasanya biasa sahaja. Mana taknya, saya dah membesar dengan jari-jemari ini sejak bayi lagi dan saya rasa ini normal saja.

3. Saya terima banyak DM daripada orang ramai yang ada lebihan atau kurang anggota badan. Bertanyakan bagaimana saya ada keyakinan seperti ini. Begini… memiliki kurang atau lebih penampilan fizikal tidak menentukan kualiti seseorang. Kita perlu berbangga dengan apa yang terbaik ada pada diri kita.

4. Bukan susah sangat nak cari kasut yang sesuai dengan kaki saya, tapi saya akui yang saya memang ada masalah dengan sarung tangan. Oh, kepada semua yang bertanya di mana nak letakkan cincin perkahwinan saya, jawapannya cincin kahwin saya berada di tangan kiri, jari ketiga dari kiri.

5. Tak, saya takde nama tertentu untuk jari ke-6 saya. Cuma panggil ‘my littlest one’. Tapi kalau kamu ada idea, emel je pada saya!!

FAQ
Hasina @firdalarasati ada bertanya sama ada Zara pernah berhasrat untuk membuang lebihan jari tersebut. Zara menyatakan pernah dahulu ibu bapanya berhasrat membuang jari-jari tersebut ketika dirinya masih bayi, tetapi doktor menyatakan yang jari-jari tersebut mempunyai saraf-saraf yang akan memberi kesan pada jari-jemari yang lain, bahkan pada tangannya juga. Justeru itu, ibu bapanya sepakat untuk tidak meneruskan niat tersebut, dan keadaannya kekal sehingga ke hari ini.

Inilah 12 jari Zara.


Lebihan jari yang juga terdapat pada jari kaki kanan dan kirinya.

sis @fsihahkhalil pula bertanya, “macam mana you ada confident untuk expose jari you tu sebab kawan i dia malu sebab dia ada jari lebih sebab takut kena ejek.” Kata Zara, memang memerlukan masa untuk dia yakin dengan keadaan jari-jarinya. Dia juga pernah dibuli disebabkan jarinya itu. Nasihatnya, perkara pertama yang rakannya perlukan adalah penerimaan

Sementara itu, ramai juga yang meninggalkan tweet mereka dengan gambar lebihan jari masing-masing.

Kata Wonkas, dia belajar ukelele menggunakan jari-jemari ini.

@dayahpathi


Ada juga yang mempunyai lebihan pada kaki.

I’in
Zara meminta @dayahpathi, salah seorang yang meninggalkan komen pada ciapannya yang turut memiliki lebihan jari menunjukkan video bagaimana jarinya bergerak.

Sumber: kampusuols.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*