Kehilangan Ketua Jururawat Akhirnya Terjawab

SERDANG – Misteri kehilangan Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd. Kamarudin, 40, yang dilaporkan hilang pada 8 Mei lalu terjawab selepas may4tnya ditemui di sebuah rumah di Cyberjaya semalam. May4t wanita itu dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat. Akhbar Kosmo pada Selasa lalu melaporkan kali terakhir mangsa menghubungi suami serta anaknya untuk memaklumkan kepulangannya bagi mengecat rumah sebagai persiapan menjelang Aidilfitri. Menurut adiknya, Siti Khairani, 36, keluarganya tidak menyangka itu adalah perbualan terakhir kakaknya bersama suami serta anaknya pada hari sama dia dilaporkan hilang. Siti Kharina yang mempunyai sepasang anak kembar perempuan berusia 10 tahun dan seorang anak perempuan berusia 14 tahun kali terakhir dilihat di tempat letak kenderaan Hospital Serdang dekat sini bersama sebuah kereta Honda City pada pukul 4 petang hari kejadian. “Saya dan keluarga mengetahui kehilangan kakak sulung saya itu selepas mendapat panggilan daripada pihak pe­ngurusan Hospital Serdang pada 9 Mei lalu selepas mangsa yang sepatutnya be­kerja pada pukul 9 malam tidak hadir selain dia gagal dihubungi. “Pihak hospital pula menghubungi saya pada 10 Mei bagi memaklumkan kejadian itu sebelum saya bersama ahli keluarga yang lain berusaha untuk mencarinya,” katanya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih, Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kaki Tular sumber : kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*