KECOH! Tania Tinggalkan 3 Suami Kerana Terlalu ‘Lemah’?

KECOH! Tania Tinggalkan 3 Suami Kerana Terlalu ‘Lemah’?

Seorang wanita bernama Tania dari Bandung, Indonesia heboh diperkatakan di media sosial, selepas wanita Sunda ini membuat pengakuan berani mati dilaman sosial.

Tania mendedahkan dia telah meninggalkan 3 suaminya gara-gara mereka tidak mampu melayan nafsu berahinya di ranjang.

Tania yang merupakan bekas pembantu rumah di Hong Kong ini membuat pengakuan itu menerusi sebuah akhbar berbahasa Sunda.

Artikel berjudul “Geus Tilu Kali Ganti Salaki, Euweuh Anu Kuateun!” (Sudah tiga kali ganti suami, tiada yang kuat!) itu sekali gus menjadi viral dan mengejutkan netizen seluruh dunia sebaik sahaja dimuat naik di media sosial.

“Mereka sangat terseksa dan tidak mampu saat memadu kasih.

“Semoga suami yang terakhir nanti, Tuhan mengirimkan lelaki yang benar-benar perkasa setiap saat,” katanya kepada akhbar itu.

Akhbar itu turut memuatkan gambar Tania yang miliki payudara bersaiz ‘jumbo’.

Gambar Tania atau lebih mesra dipanggil Nia, 30, turut mengundang bualan netizen ekoran aset yang dimiliki disifatkan luar biasa.

Walaupun kisah rumah tangga Tania mengejutkan ramai, namun ramai yang tidak meragui kebenaran cerita itu.

Sementara Itu,

‘Berpantang Tanpa Mawar Dua Kali Ganda Sakit Mommy Tanggung’. Doakan Mommy Kuat & Tabah.. Al-Fatihah

Dalam keterujaan menunggu kelahiran bayi, siapa sangka bayi yang dikandung dan hanya menunggu hari untuk dilahirkan tiba-tiba tidak bernyawa lagi. Kami percaya hakikat ini terlalu perit untuk diterima, emosi ibu akan sangat terganggu lebih-lebih lagi apabila perlu berpantang tanpa bayi disisi.

Namun rezeki, ajal dan maut semuanya sudah tertulis. Kita sebagai hambaNya perlulah menerima takdir ini dengan redha. Salam takziah kami ucapkan kepada Puan Norwaqiah atas kehilangan ini. Sebak!

Doktor sahkan Mawar dah tak ada

Kalau ikutkan due date tarikh hari ni cukup Mawar 40weeks.

24/11/17 = Mawar kurang gerak tapi perot mommy mengeras. Mommy ingat Mawar nak carik jalan sebab memang tengah tunggu hari je. Mommy ajak daddy pergi hospital tak sedap hati. Pergi hospital misi tak jumpa denyutan jantung Mawar. Allah masa tu mommy dah doa minta keajaiban. Sepanjang perjalanan dalam ambulans nak ke HSA mommy harap diorang salah, mommy berharap Mawar ada lg. Bila doctor pakar sahkan memang Mawar dah takde, mommy redha.

Memang sakit sangat

25/11/17 = Tak tahu nak cakap perasaan macam mana bila tengok perot memboyot lagi tapi dalam perot dah tak bernyawa. Mommy macam terasa lagi tendangan Mawar dalam perot. 6.30 pagi mommy kena masuk ubat untuk buka jalan. Bagi masa 6 jam tapi masa ni sakit takde lagi so memang jalan tak buka langsung. Pukul 2.30 masuk ubat kali ke2. Masa ni sakit construction dah ada. Allah, memang sakit sangat tapi tak sesakit jiwa dan perasaan mommy kehilangan Mawar.

Doakan mommy kuat dan tabah

26/11/17 = pukul2 ptg bukaan jalan dah 4cm, diorang cakap labour room penuh kena tunggu. Pukul6 lebih baru mommy dapat masuk labour room. Pukul8 Mawar selamat melahirkan. Allah masatu mommy mengharap mommy dapat dengar tangisan Mawar tapi takde.

27/11/17 = Alhamdulillah Mawar selamat dikebumikan.

Anak mommy Mawar Medina,

Mommy rindu Mawar! Mommy cuma ada kain alas Mawar je untuk hilangkan rindu. Mommy belum kuat untuk terima semua ni. Mommy perlukan masa. Berpantang tanpa Mawar dua kali ganda kesakitan mommy tanggung. Doakan mommy kuat dan tabah.

sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*