“Kasut Tu La Korang Pergi ‘Vera’, Kasut Tu Jugak Korang Pijak-Pijak Beras Tu”-Netizen Geli Dengan Apa Yang Berlaku Di Kilang Beras Ini

VIDEO pekerja-pekerja syarikat jenama beras terkenal Jati tanpa rasa bersalah memijak-mijak beras yang bertimbun di atas lantai, tular di media sosial.

Video itu dipercayai dirakam sendiri oleh salah seorang pekerja syarikat berkenaan menerusi aplikasi TikTok tanpa menyedari bahawa perkara itu boleh mencetuskan kontroversi.

Dalam rakaman berdurasi 14 saat itu, kelihatan ramai pekerja-pekerja syarikat beras Jati (pakai baju logo Jati) sedang bekerja di dalam sebuah gudang sambil memijak-mijak timbunan beras di atas lantai.

Dari raut wajah mereka, dipercayai pekerja-pekerja itu adalah warga asing.

Perkara itu mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai yang marah dan merasa terhina melihat beras yang biasanya dijadikan makanan orang dipijak-pijak dengan kaki, selain ia turut menimbulkan isu kebersihan beras jenama terkenal itu.

Teringat aku masa kecil dulu, beras tumpah atas lantai jangan kata pijak, terlangkah pun kena cubit dengan mak aku. Malah beras untuk makanan kucing pun mak aku tak bagi langkah. Rupa-rupanya masa dalam kilang beras ni kena pijak-pijak je macam ni.

Di bawah ini rakaman video berkenaan. Sila klik untuk menonton video.

Sumber — milosuam.net

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*