“Kalsium tak mengembang!” NEtizen kutuk Elfira loy bodoh kerana lawan doktor.

Elfira loy sememangnya kerap kali menjadi viral di media sosial kerana kes pertunangannya yang diputuskan dengan Sufian Suhaime. Sesi perbalahan berlaku antara keluarga Elfira Loy dengan Sufian Suhaime sering diperlihat di laman sosial dan mencetuskan pelbagai kontroversi.

Namun Elfira loy sekali lagi dikutuk teruk di media sosial kerana menyokong Neelofa yang sebelum ini viral ditegur oleh seorang doktor kerana menjual dan menjadi testimony produk yang dikatakan menipu jika dilihat dari segi saintifik dan menjelaskan bahawa produk tersebut sebenarnya hanya pseudoscience yang tidak dapat dibuktikan kebenarannya berikutan dengan kajian saintifik pertumbuhan badan manusia mengatakan sebaliknya.

Elfira loy turut berkeras dengan kenyataan beliau mempertahankan Neelofa berhubung dengan testimony produk tersebut dan beliau menjelaskan bahawa produk itu benar benar berkesan dan dikecam di media sosial . Netizen mengutuk Elfira Loy sebagai bodoh kerana tidak dapat menerima teguran doktor tersebut dan mempertikai kata kata doktor tersebut meskipun doktor tersebut telah menjelaskan secara saintifik.

Kes Elfira Loy dan Neelofa mendapat perhatian dari salah satu rancangan hiburan terkenal di Malaysia iaitu HLIVE yang bergegas menemuramah Elfira Loy berhubung dengan kontroversi tersebutl. Namun penjelasan Elfira Loy itu masih tidak diterimapakai oleh netizen dan netizen masih mengutuk keras Elfira Loy sebagai bodoh dan Ego.

Apa pandangan anda tentang hal ni? kami serahkan kepada penonton KakiTular untuk memberikan kesimpulan anda.

SUMBER ALert TV

CERITA KEDUA

Semua sedia maklum, Neelofa dan Datuk Hans Isaac pernah bersama suatu masa dahulu. Namun hubungan mereka terputus di tengah jalan lalu masing-masing membawa diri dan haluan sendiri.

Namun baru-baru ini melalui portal Hangat.com, MH ada nampak mereka kongsikan gambar dimana Neelofa dan Hans dikatakan telah makan malam bersama di Genting Hishlands, Pahang.

Amboi bukan main manis lagi senyuman Neelofa ketika bersebelahan dengan Hans.

MH difahamkan mereka baru sahaja selesai menonton konsert penyanyi Hollywood terkenal Joh Legend.

Jika tidak salah, konsert tersebut merupakan Darkness and Light World Tour yang telah diadakan di Arena of Stars di Resort World Genting.

Semua ini dapat dikesan melalui instagram seorang pengacara, model serta sahabat baik kepada Hans apabila memuat naik video di Insta Storiesnya.

Secara tidak langsung telah mengukuhkan dakwaan mereka berdua telah menonton filem tersebut bersama.

Bagaimanapun, sehingga kini baik Neelofa mahupun Hans tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Tetapi andai kata benar, why not! Lagipula masing-masing single dan available bukan?

SUMBER : Hangat.com

The post Mereka Di ‘tangkap’ Tonton Persembahan John Legend Bersama, Benarkah Cinta Neelofa & Hans Isaac Berputik Kembali ? appeared first on KRT.

SUMBER: ceritakembor.com

CERITA KETIGA

Kenyataan Rasmi:
Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi.

Beliau melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan.
Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat.

Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana segalanya telah selamat. Apa yang penting bagi beliau adalah proses melahirkan berjalan dengan baik, isteri dan anaknya juga sihat.

Siti dan suami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan.

Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.

Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.

Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya. -Rozi Abdul Razak
Pengurus

Tahniah diucapkan buat penyanyi kesayangan ramai, Dato Sri Siti Nurhaliza yang selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi tadi.
1 Rejab Yang Bermakna

Siti yang bersalin secara pembedahan itu memilih untuk bersalin hari ini kerana pada hari ini juga adalah 1 Rejab dalam bulan Islam dan bersamaan tarikh kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) . Siti dan bayi perempuan seberat 3.55 kilogram itu dilaporkan berada dalam keadaan sihat.
Bakal Umumkan Nama Anak Dalam Masa Terdekat

Mengenai wajah dan nama anak beliau pula, sudah pasti ramai yang tidak sabar untuk melihatnya apatah lagi berita teka teki kelahiran bayi ini hangat diperkatakan sejak minggu lalu. Siti dan suami walaubagaimanapun meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat.

Mewakili pihak Siti dan keluargar, Rozi Abdul Razak pengurus kepada penyanyi itu yang juga kakak iparnya mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan. Tahniah diucapkan buat Siti dan keluarga! Selamat berpantang dan semoga bayi berkenaan membesar menjadi anak yang solehah.

Sumber: Hangat.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*