Juruterbang Kapal Terbang Ini Mendedahkan Rakaman Detik Tsu- Nami Melanda Kota Palu

JAKARTA  – Seorang juruterbang pesawat penerbangan Batik Air sempat me­rakamkan detik-detik awal bencana tsu – nami dan gem pa bumi yang berlaku di Palu dari udara.

Menurut rakaman video yang dimuat naik juruterbang berkenaan, Ricosetta Mafella di Instagram miliknya menunjukkan pergerakan pantas air laut yang kemudiannya bertukar menjadi tsunami.

Tribunnews melaporkan ketika kejadian, Mafella sedang menerbangkan pe­sawat Batik Air yang ter­akhir dari Lapangan Terbang Al-Jufri pada hari ber­kenaan.

Beberapa saat selepas pesawat itu berlepas, gem pa bumi melanda Palu.

“Pesawat Batik Air ID 6231 dilaporkan berlepas pada pukul 5.55 petang, pintu pesawat ditutup pada pukul 5.52 petang. Pada pukul 6.02 petang selepas kami dibenarkan berlepas, ba­ngunan menara kawalan trafik udara runtuh. Kami ketika itu masih berada di landasan.

.

“Nasib baik saya berlepas awal pada ketika itu. Jika saya lewat 30 saat, pesawat itu tidak mungkin akan berlepas,” kata Mafella yang menggunakan nama @icoze_ricochet di Instagram.

Meskipun pesawat itu berjaya berlepas dengan selamat tetapi seorang pegawai kawalan trafik udara yang membenarkan pesawat berlepas, iaitu Anthonius Gunawan Agung terkor ban.

Anthonius Gunawan dilaporkan berkeras mahu kekal ber­ada di menara kawalan trafik bagi memberi panduan kepada Mafella ke landasan yang betul dan berlepas dengan selamat biarpun gegaran sedang berlaku.

Mafella menyifatkan Anthonius Gunawan sebagai wira ke­rana sanggup berkorban untuk menyelamatkan nya wa orang lain. SUMBER : Utusan Online

‘Hero Palu’ selamatkan ratusan orang

JAKARTA – INDONESIA. Seorang pengawal trafik udara diangkat sebagai hero kerana sanggup mengor bankan dirinya untuk menyelamatkan ratusan nya wa ketika gem pa berkekuatan 7.5 menggegar lapangan terbang Palu, kelmarin.

Anthonius Gunawan Agung, 21, kekal berada di menara kawalan walaupun rakan sekerjanya lari bertempiaran meninggalkan bangunan itu selepas berlaku goncangan kuat.

Gegaran tersebut telah menyebabkan rekahan besar di landasan yang mana ketika itu sebuah pesawat membawa ratusan penumpang sedang bersedia untuk berlepas.

Anthonius tidak menghiraukan keselamatannya dan dia terus membantu pesawat 6321 Batik Air berlepas dengan selamat.

Dia kemudiannya melompat dari tingkat empat selepas bangunan tersebut terus bergoncang seperti mahu runtuh.

Lelaki berani itu bagaimanapun mengalami kecederaan dalaman dan patah kaki.

Sebuah helikopter dikerah untuk membawanya ke hospital untuk rawatan pakar, namun Anthonius meninggal dunia sebelum helikopter tiba.

Dia yang akan menyambut ulang tahun ke-22 pada 24 Oktober depan diberi penghormatan terakhir oleh tentera dan pangkatnya turut dinaikkan sebagai menghargai pengorbanannya. – The Mirror

SUMBER : Sinar Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*