Jururawat Ini Kecam Keterangan Pakar Perubatan, Dia tarik balik kenyataan dan Rayu hantaran Dipadam

Seorang jururawat yang mengecam keterangan pakar perubatan dalam inkues Muhammad Adib Mohd Kassim telah menarik balik dan memadamkan hantaran yang dibuat menerusi akaun Facebooknya yang dikenali sebagai Cik Miera.

KUALA LUMPUR – Seorang jururawat yang mengecam keterangan pakar perubatan dalam inkues Muhammad Adib Mohd Kassim telah menarik balik dan memadamkan hantaran yang dibuat menerusi akaun Facebooknya yang dikenali sebagai Cik Miera.

Wanita yang mengaku telah merawat Muhammad Adib sejak hari pertama itu turut merayu kepada orang ramai supaya berhenti menyebarkan hantaran yang dibuat selepas Pakar Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Hafizam memberi keterangan kepada Mahkamah Koroner Shah Alam pada Jumaat lalu.

Dia mendakwa, berdasarkan pemerhatian sebagai seorang jururawat, kejadian yang menimpa Muhammad Adib akibat dipukul dan bercanggah dengan laporan bedah siasat yang dijalankan Ahmad Hafizam pada 18 Disember tahun lalu.

“Kepada pengikut saya, berdasarkan kenyataan kepada arwah (Muhammad Adib) saya merayu kepada mereka yang melakukan screenshot (tangkapan skrin) dan menyebarkan kenyataan tanpa kebenaran saya tolong padam.

“Saya tidak bermaksud untuk memberikan kenyataan yang salah dan menyebabkan salah faham. Saya akan memberikan kerjasama kepada mereka yang terlibat dalam inkues dan berdasarkan pemerhatian saya bersama kita berdoa agar ALLAH mempermudahkan segalanya,” katanya.

Dipercayai tindakan wanita tersebut yang dipercayai bertugas dengan Institut Jantung Negara (IJN) itu menarik balik kenyataannya selepas dihubungi oleh Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad yang meminta dia memberi keterangan dalam inkues tersebut.

Dalam pada itu, Sinar Harian telah menghubungi pihak IJN bagi mendapatkan kepastian berhubung perkara itu telah dimaklumkan bahawa hantaran yang dibuat oleh wanita tersebut adalah kenyataan peribadi dan tiada sebarang tindakan diambil.

Jom lihat Juga Apa Kata Netizen :

Sy percaya pada posting pertama jururawat tersebut. Pasti ada yg x kena bila disuruh padam

Tiba2 semua berubah.. Mat Pakistan yg rekod video tiba2 phone hilang.. Dr pakar kata arwah xde kesan pukul padahal ade kesan tapak kasut pada badan arwah (saksi yg lepas) la ni misi yg merawat terlepas cakap dan2 pulak tarik balik kata2 dia.. Hmmmmm.. Moga Allah permudahkan dan memakbulkan doa rakyat malaysia serta Keluarga arwah atas pembelaan arwah.

Kene ugut la ni.. x tarik kenyataan kene buang kerja… so terpakse la… mintak tarik balikk… takpe… Allah ada… moga arwah adip mendapat pembelaan… aminn…

Zaman sekarang, berani kerana benar dah tak relevan. Tengok saja kes-kes yang lepas, berapa ramai yang berani kerana benar tapi akhirnya jadi mangsa. Berani je tak cukup, wang kena cukup

Tak layak jadi jururawat. Pembohong. Lebih baik jadi bibik. Jika dia benar apa nak takut. Buang kerja. Ada mahkamah lawan majikan. Hanya pembohong angkat kaki.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page Ariana Rose.

Sumber : Sinar Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*