Jururawat Ini Bantu M@ngsa Kemaalangan Jalan Raya Walaupun Sudah Habis Shift. Ini Komen TMJ Kepada Jururawat Tersebut

Tugas seorang jururawat bukan lah satu perkara yang mudah. Berbanding dengan pekerjaan lain yang waktu kerja yang flexibel atau sudah ditetapkan 8 jam sahaja bekerja.

Tugas mereka (jururawat) adalah antara tugas yang amat mencabar mental dan fizikal. Jika anda pernah tinggal di hospital pasti anda akan tahu betapa susahnya perkerjaan mereka.

Kami ambil contoh jika jururawat merawat orang tua atau warga emas yang sakit. Untuk menjaga warga emas bukan lah satu perkara yang mudah. Dengan bermacam macam permintaan mereka walaupun kadang kadang pelik tetapi jururawat perlu juga penuhi. Belum kira mereka (jururawat) perlu untuk mandikan mereka atau menukar lampin.

Untuk menjadi seorang jururawat, persediaan mental dan fizikal amat lah penting kerana tidak semua boleh berkerja sebagai itu. Mereka boleh dikatakan sebagai WIRA di dalam komuniti.

Habis Shift Tetap Bantu M@ngsa

Tular di media sosial gambar yang dimuatnaik oleh Tok Mat dimana kelihatan satu kemaalangan telah berlaku. Disitu juga kelihatan seorang Jururawat yang bernama Nur Syuhada yang baru pulang bekerja dari Hospital Sultanah Aminah berhenti untuk memberikan bantuan.

Pertolongan beliau mendapat pujian orang ramai. Semalam Siakap Keli salah satu laman sosial di Facebook telah memuatnaik gambar gambar beliau dan telah menjadi tular. Di Siakap Keli sahaja telah mendapat lebih dari 6000 perkongsian.

Dipuji Oleh Jabatan Kesihatan

Disebabkan tularnya gambar gambar tersebut, Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah memuatnaik satu status berkenaan jururawat tersebut.

Syabas buat (jururawat) JT Nur Syuhada Dari Bahagian Neurosurgery Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, Johor. Anda berjaya membuat masyarakat malaysia bangga dan terharu dengan sikap tanggungjawab tidak kira di mana pun berada. Anda membantu bukan kerana wang ringgit tetapi anda membantu kerana tanggungjawab sebagai jururawat kerajaan Malaysia.

Gambar Dan Info Dari Sumber Facebook

Kejadian ni berlaku pagi tadi dari arah JB menghala Skudai berhadapan danga bay, seorang jururawat yang sudah tamat waktu bekerja (shif mlm) dan ingin pulang kerumah, dengan rasa tanggungjawab mengenepikan soal penat beliau memberhentikan kereta membantu mangsa kemalangan yang berada ditengah jalan, menurut sumber jururawat yg baik hati ni cuba menenangkan mangsa kemalangan dan kalau beliau tak menghadang lalu lintas mungkin pekara lebih teruk akan terjadi pada mangsa ketika itu.

Syabas jururawat yang berhati mulia dan orang awam yg membantu. Kepada yg memandu berhati-hati ketika pulang ke kg pada cuti musim perayaan.

DIPUJI TMJ

Lebih membanggakan apabila TMJ sendiri memuji jururawat tersebut di laman rasmi Tengku Mahkota Johor. Ini kata kata TMJ

Tahniah saya ucapkan kepada jururawat Nur Syuhada dari Hospital Sultanah Aminah kerana menunjukkan teladan yang baik. Inilah contoh wirawati yang berhati mulia, sentiasa berbakti walaupun di luar waktu kerja mereka.

Tahniah kami ucapkan kepada Nur Syuhada Dari Bahagian Neurosurgery Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru di atas pertolongan anda. Semoga anda lebih maju jaya lagi selepas ini. Insyallah.

Artikel By: KL Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*