“Jika Post Ini Tidak Didelete, Saya Akan Hantar Surat Saman Ya,” – Ini Amaran Safiey Ilias Buat Sharifah Sakinah

“Jika Post Ini Tidak Didelete, Saya Akan Hantar Surat Saman Ya,” – Ini Amaran Safiey Ilias Buat Sharifah Sakinah

Semalam, pelakon, Sharifah Sakinah memuat naik satu video di laman Instagram ‘mengusik’ usahawan kosmetik, Safiey Ilias.

Dalam video tersebut, jelas kelihatan Sakinah mengatakan bahawa mungkin kereta mewah yang ditemuinya di atas jalan raya itu adalah milik Safiey.

“Awak pakai kereta apa? @safieyillias94 hhhahaha kita salah org lah . Cuba awak post semua kereta awak kat ig bagi kita tak salah org next time,” tulisnya.

 

Bagaimanapun, gurauan Sakinah itu tidak kelihatan lucu kepada usahawan kosmetik itu menyebabkan dia meninggalkan komen meminta agar pelakon Girlfriend Aku Dari Neraka Itu menurunkan video tersebut atau tindakan bakal dikenakan terhadapnya.

“Jika post ini tidak didelete saya akan hantar surat saman ya. Wasalam. AKTA HASUTAN DAN MENJATUHKAN REPUTASI SAYA.

 

“PERGILAH BERUBAH PAKAI TUDUNG TU,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, kelihatan ada netizen yang mempersoalkan tindakan Safiey yang dilihat agak ‘melebih-lebih’ itu.

Namun, ada juga komen yang mempertahankan tindakan Safiey yang dilihat hanya ingin melindungi dirinya daripada dikecam orang ramai.

Perkara ini boleh dibawa berbincang. Mungkin niat Sakinah hanya ingin bergurau namun telah disalah erti. Apa-apapun, semoga kes ini dapat diselesaikan dengan aman.


Sumber: MH Via Empiremedianetwork

[VIDEO] SHARIFAH SAKINAH PERLI JANNA NICK TENTANG KHIDMAT UCAPAN BERBAYAR?

Semalam, kecoh seketika di media sosial apabila netizen mengecam tindakan selebriti, Janna Nick yang dilihat telah membuat khidmat ucapan di IG Story nya secara berbayar. Sebanyak RM50 telah dikenakan bagi setiap ucapan yang mereka ingin pelakon ucapkan di Instagram nya.

Sharifah Sakinah Perli Janna Nick?

Dalam perkembangan lain, selepas tularnya mengenai khidmat tersebut pelakon yang juga rakan kepada Janna, Sharifah Sakinah telah memuat naik sebuah video ucapan hari lahir buat Fazura. Dalam masa yang sama juga, dia dilihat membuat aksi seolah-olah memerli Janna. Namun jelas dalam video itu, Sakinah hanya mengusik rakannya itu.

Janna Punyai Tujuan Lain?

Dalam ruangan komen tersebut, segelintir netizen menyokong tindakan Janna dan memberitahu bahawa tujuan dia mengenakan bayaran untuk ucapan tersebut adalah kerana mempunyai agenda nya tersendiri dan dikatakan pendedahan tersebut akan dibuat sendiri oleh pelakon tu pada minggu hadapan.

Jika benar, sama-sama kita nantikan pengumuman tersebut daripada Janna tidak lama lagi

Sumber: Hangat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*