Ini ucapan Tun Mahathir, yang di tunggu seluruh dunia Islam

Trump, Ratu Elizabeth kutuk serangan masjid di New Zealand
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengutuk serangan dan pembunuhan beramai-ramai di dua masjid di New Zealand, ketika solat Jumaat hari ini, sehingga mengorbankan 49 orang.

Suspek utama, seorang lelaki kelahiran Australia berusia 28 tahun, didakwa menerbitkan ‘manifesto’ perkauman di media sosial sebelum melakukan serangan itu.

“Saya amat bersimpati kepada rakyat New Zealand, susulan serangan kejam di dua masjid itu. Seramai 49 orang meninggal dunia dalam keadaan yang tidak boleh diterima dengan ramai mangsa lain cedera.

“Amerika Syarikat bersama New Zealand memberi sokongan dalam semua bentuk yang diperlukan. Semoga Tuhan merahmaati semua!” kata Trump di Twitter.

Dalam pada itu di London, Ratu Elizabeth II berkata, beliau amat sedih dengan serangan itu.

“Saya amat sedih dengan kejadian di Christchurch hari ini. Dalam waktu tragik sebegini, saya mendoakan semua rakyat New Zealand.

“Saya dan Putera Philip mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan mangsa yang meninggal dunia,” katanya.

Ratu Elizabeth, 92, adalah pemerintah diraja tertua dan paling lama berkhidmat di dunia, beliau adalah ratu kepada 15 negara selain Britain termasuk Australia, Kanada dan New Zealand.

Ini ucapan Tun Mahathir, yang di tunggu seluruh dunia Islam

Kali terakhir beliau berkunjung ke New Zealand pada 2002 sempena sebahagian sambutan pemerintahannya yang ke-50.
Pasukan perisik Malaysia mantap – PM

KEGANAASAN tidak mempunyai sempadan dan tiada jaminan keganaasan tidak akan berlaku di negara ini atau di tempat lain kerana kumpulan yang terbabit boleh menyerang bila-bila masa.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia bertuah kerana mempunyai pasukan perisik yang mantap dan mengetahui setiap tindak-tanduk pengganaas.

“Tiada jaminan keganaasan tidak berlaku di negara ini tetapi Malaysia bertuah kerana mempunyai pasukan risikan yang bagus.

“Mereka (perisik) tahu siapa pengganaas dan pergerakan mereka (penggaanas). Kita juga sudah menahan sebahagian daripada kumpulan terbabit dan mendidik mereka semula,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan kad keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kepada lapan wakil rakyat Sabah di Putrajaya, hari ini.

Dr Mahathir berkata, cara terbaik untuk melawan kegaanasan adalah dengan mengetahui punca keganaasan itu berlaku.

“Saya sebenarnya sudah menulis surat kepada Perdana Menteri England bahawa kita tidak boleh lawan keganaasan seperti perang konvensional,” katanya.

Dr Mahathir mengulas insiden keganaasan terhadap jemaah di dua masjid di Christchurch, New Zealand, pada jam 1.40 tengah hari tadi (waktu tempatan).

Dalam kejadian berkenaan, 49 maut manakala lebih 20 lagi cedera apabila seorang penembak melepaskan tembakan rambang di dua masjid yang penuh sesak menjelang solat Jumaat.

Sementara itu, mengenai lawatan beliau ke kawasan kejadian pembuangan sisa toksik di Pasir Gudang, Johor, Dr Mahathir berkata, beliau berpuas hati dengan pengendalian yang dilakukan di sana.

“Secara keseluruhannya saya menganggap kerja pengendalian di sana sangat baik dan tidak ada sebab untuk umumkan sebarang kecemasan,” katanya.

Ini ucapan Tun Mahathir, yang di tunggu seluruh dunia Islam

sumber: hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*