Ini Jumlah Kutipan Tabung Harapan Malaysia Setakat Hari Ini Sejak Semalam. Angka Dia Memang Tak Dijangka

Rakyat Malaysia yang ingin menyumbang kepada Tabung Harapan Malaysia (THM) bagi menangani masalah hutang negara boleh menyalurkan sumbangan mereka menerusi akaun Maybank 566010626452, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata, penubuhan tabung itu yang diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas mesyuarat Kabinet hari ini, adalah bagi membolehkan Kementerian Kewangan menguruskan sumbangan rakyat secara sistematik dan telus.

“Derma dan sumbangan yang boleh dihulurkan adalah dalam bentuk mata wang tempatan (Ringgit Malaysia) sahaja,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Guan Eng turut merakamkan penghargaan bagi pihak kerajaan di atas keprihatinan dan segala sumbangan ikhlas rakyat Malaysia dalam menghadapi keadaan ekonomi semasa.

Menurutnya berdasarkan kepada perkembangan semasa ekonomi negara dan keprihatinan rakyat terhadap kedudukan hutang negara, wujud kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia untuk membantu kerajaan.

“Rakyat secara sukarela ingin berkongsi pendapatan mereka dengan menyalurkan derma dan sumbangan ikhlas mereka kepada kerajaan bagi menangani isu tersebut,” katanya.

Terdahulu, perdana menteri berkata terdapat ramai rakyat Malaysia sanggup memberi derma kepada kerajaan selepas mengetahui kedudukan kewangan negara dan kerajaan mengalu-alukan sikap patriotik mereka.

SUMBER : BHARIAN

JUMLAH KUTIPAN SEJAK PUKUL 3 PETANG 31 HB Mei 2018.

KUALA LUMPUR: Tabung Harapan Malaysia (THM) yang dilancarkan semalam sudah mengumpul RM7.07 juta sehingga jam 3 petang tadi.

JUMLAH KUTIPAN : RM7.07 JUTA

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata pihaknya akan terus mengumumkan jumlah kutipan tabung berkenaan pada setiap hari.

Katanya, sumbangan kepada tabung berkenaan juga boleh diberi pengecualian cukai dan penderma diminta menyimpan resit bagi tujuan berkenaan.

SUMBER : BHARIAN

Selebriti beri sumbangan untuk Tabung Harapan Malaysia

Tabung Harapan Malaysia (THM) yang ditubuhkan bagi membantu kewangan kerajaan pada Rabu mendapat sokongan rakyat.

Malah, golongan selebriti tempatan turut tidak ketinggalan menyalurkan sumbangan untuk negara.

Penyanyi Alif Satar ada memuat naik foto resit dengan menutup jumlah wang yang diderma menerusi Instastorynya.

Alif dan Hafiz meluahkan rasa sayang mereka terhadap negara.

Selain Alif, penyanyi Nourul Wahab juga melakukan perkara yang sama demi membantu negara yang dicintai biarpun jumlahnya tidak banyak.

“Demi negara yang tercinta. Saya sudah. Yang lain? walaupun sekupang (10 sen), bantu juga (perumpamaan),” tulis Nourul di Instagramnya.

Dalam pada itu, Fathia Latiff, Hafiz Hamidun dan Fauziah Latiff antara yang memberi sumbangan dan sokongan terhadap penubuhan tabung tersebut.

Pemilik syarikat Zeel Production, Haji Zeel  memberi sumbangan sebanyak RM500.

Menerusi Instagram pemilik syarikat produksi Zeel Production yang mesra disapa Haji Zeel, dia juga memberi sumbangan sebanyak RM500 ke tabung berkenaan.

Rata-rata pengguna laman sosial memuji selebriti tempatan ini yang menunjukkan semangat patriotik, perpaduan dan kesetiaan kepada negara.

Tabung amanah yang duperkenalkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu khusus bagi membolehkan rakyat negara ini menyumbang bagi meringankan beban hutang negara.

Fatiya turut menunjukkan sokongan terhadap tabung amanah bagi membantu meringankan beban hutang negara.

Dr Mahathir berkata, semua derma yang diterima daripada rakyat ini akan dikendalikan Kementerian Kewangan.

Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun Malayan Banking Berhad iaitu 566010626452.

SUMBER : MSTAR ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*