“Hitamnya anak kau” – Luahan daripada ibu anak pramatang ini membuka mata netizen.

“Hitamnya anak kau”,

“Eh kenapa anak kau kecik?”

“Peliknya anak dia, mak ayah putih. Anak hitam.”

Tiga ayat ini sangat biasa kami dengari bila orang tengok anak kita. Orang pandang jijik, pelik, pandang serong. Sangat tak mudah untuk ibu ayah yang punyai “anak prem”, atau pramatang ini. Fizikal mental dan emosi takkan sama dengan ibu ayah lain yang punyai anak yang lahir-lahir sangat chubby montel comel sihat walafiat dan boleh berpantang bersama baby dengan sangat bahagia di rumah.

Situasi kita takkan pernah sama. Anak yang dilahirkan tak cukup bulan ini perlu stay dalam jagaan NICU selama berbulan-bulan di hospital. Makin pendek bilangan minggu ketika bayi dilahirkan, semakin lama lah tempoh yang perlu baby tinggal di hospital. 29 minggu marsya dan maryam dilahirkan dahulu dengan bacaan berat 1.2kg dan 1.3kg sahaja, cukup membuatkan hati aku tersentuh ketika pertama kali aku memasuki bilik NICU untuk melihat mereka.

Marsya ketika baru keluar hospital . 3 bulan dah

Tempoh dua bulan lebih marsya di NICU, pasti ‘terbakar’ kulitnya, menjadi hitam kerana terlalu lama berada di bawah mesin lampu. Makin ringan bayi dilahirkan, makin lama perlu ditahan. Ramai saja yang claim “anak aku prem”, 36 minggu berat 2.3kg. Tetap tidak akan sama situasinya dengan mereka yang melahirkan bayi 1.5kg ke bawah. Ada kawan aku anaknya lahir 500 gram sahaja, berkat kuasa Tuhan anaknya membesar dengan riang sehingga kini. Syukur.

Penulisan aku ini sebagai pujukan buat ibu-ibu yang sedih dan terasa dengan kata-kata orang. Bagi aku, jangan terus bersedih sebaliknya terus fahamkan mereka situasi anak pramatang ini. Betul kita tak dapat nak berpantang bersama bayi di rumah, betul kita tak dapat nak menjalani menjaga bayi kita sendiri serta tidur bersama, menyusu dan sebagainya. Tetapi kita sebenarnya hebat daripada orang lain sebab kita adalah insan yang terpilih oleh Allah untuk diuji! Ujian tanda sayang.

Marsya hari ini. 3 tahun 2 bulan

Tiada istilah berpantang bagi mereka yang ada anak pramatang lahir di bawah 1.8kg. Ujian kita takkan pernah sama. Tapi nikmat kesabaran terlalu indah untuk diungkapkan dalam membesarkan anak-anak ini. Kenangan bunyi mesin setiap kali menjejakkan kaki ke NICU itu masih segar sehingga kini.

Syukur, anak membesar seiring bersama anak-anak yang lain biarpun sedikit lambat dari segi perubahan warna kulit. Hanya yang merasai sahaja yang faham.

Peace no war.

Ruqayyah Farhani,
Geng ibu-ibu anak pramatang Malaysia.
1.2kg & 1.3kg. Berat sikit dari sekilo gula.

Antara komen-komen ibu-ibu yang hadapi nasib yang sama.

Anak kami pn prem jgk kembaq tiga .. mcm2 kn jaga dr segi kebersihan, pemakanan , rehat anak sakit demam mmg mencabar.. Alhamdulillah Allah anugerahkan kembaq tiga.. penat lelah hilang bila dpt hidu bau depa dan senyuman depa.. my triplets Salsabeelasss

Ni Baby prem sy… Triplet girls, lahir 30 week, T1 n T2, berat lahir 1.2kg, T3 800 gram… Masa Baby burn kulit dia org, sbb duduk incubator lama, Sampai kepala senget… Ada yg ckp muka mcm monyet lah… Mcm sindrom lah… skrg Alhamdulilah dah 10 bulan… membesar sihat dan kuat anak2 ibu. to All premie mommy bersabar dan kuat lah… Allah pilih kita,sbb Allah tahu kita mampu.

Ni ank pramatang akak…33 minggu…1.8kg jer….memang kulit hitam masa baby…ada jer yg tegur…akak x amik peduli pun…kasi susu ibu…mkn…sekarang alhamdulillah…sama besar dgn ibu dah… dah nak khwn pun bln 9 niii….

Sumber daripada Siakap Keli

Video pula tentang perjuang anak pramatang untuk terus hidup.

Baby Benson: 22-week-old preemie

This is baby Benson, who was born premature at 22 weeks. He weighed a little over a pound at birth, and was only 14 inches long. Doctors didn't think he would survive, but his parents – and little Benson – fought for his life! Now, he's beating the odds!Video from Benson Artman – 22 Week Preemie

Posted by Live Action on Tuesday, 14 November 2017

SUMBER

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*