Hari Terakhir SPM, Gelagat Pelajar Melayu Jadi Tumpuan

:::ANTARA 2 AKHLAK:::

1. Lepas selesai jawab soalan SPM..sujud syukur secara berjemaah..(bosan, TAK BEST ) lgpun ni ciri2 orang gagal dan x dapat menjawab peperiksaan dgn baik…

2. Lepas satel jwb SPM..conteng baju, berjimba, conteng tandas, calarkan kereta cikgu, bakar kerusi meja sekolah, keluar sekolah rem2 moto, merempit, bawak anak dara orang ke hulu ke hilir..(mcm ni la gempak, TERBAIK ) insan cemerlang memang kena buat bende2 ni semua…

Ye la..mak ayah korang kan memang belikan baju sekolah tu untuk diconteng..pasti mak ayah akan berasa amat bangga melihat kau balik dengan pakaian yang dipenuhi hasil seni yang sungguh hebat. Terdetik dalam hati mereka..”berbakat besar anak aku dalam bidang seni

Lagipun, korang kan dah perhempas pulas, berjuang habis2an, belajar bersungguh2 sepanjang 5 tahun di sekolah menengah..kemudian pulun lagi dengan sepenuh hati menjawab exam dengan cemerlang..

Maka betul la tu…KORANG DAH MERDEKA..!
Korang haruslah pamerkan kepada masyarakat bahawa…korang memang TERBAIK..dan result SPM yang bakal korang terima di bulan Mac tahun depan sudah semestinya gempak…

BAGUS anak muda…Simpan baju tu elok2…nanti nak masuk IPT & interview kerja..bawak sekali..confirm penemuduga akan kagum dan serta merta akan terima korang dengan hati yang terbuka..

Gelagat

~rase mcm rugi plk dulu aku x conteng baju lepas SPM, kalau tak boleh bangga tunjuk kat anak2

#SPM
#MERDEKA
#CEMERLANG
#CONTOHTERBAIK

sumber fb: muttakin akmal via Sayangawak

Trend budak-budak SPM sambut tamat zaman persekolahan di Malaysia

Setelah 10 tahun bergelar seorang pelajar, pastinya ramai yang rasa teruja setelah mereka berjaya menamatkan zaman persekolahan mereka.

Dalam tempoh satu dekad itu, pelbagai kenangan pahit dan manis telah ditempuhi bersama-sama dengan rakan-rakan sebaya yang bakal menjadi sebuah memori indah yang tidak mungkin akan berulang lagi.

Seperti di negara jiran, Indonesia, para pelajar sekolah di Malaysia juga cara yang tersendiri untuk meraikan hari-hari terakhir mereka bergelar pelajar sekolah setelah berakhirnya kertas peperiksaan SPM terakhir mereka.

Melihat ada kalanya cara sambutan sesetengah pelajar yang sedikit terlampau, seorang pengguna Facebook, Mai Izyani telah terpanggil untuk memberikan nasihat kepada pelajar-pelajar ini supaya tidak hanyut dengan kegembiraan sementara mereka itu.

Bukan masa awak ja akak nampak semua ni. Masa zaman akak sendiri, dah nampak depan mata. Pengetua siap berdiri di balkoni sekolah, tenung sahaja dari jauh perangai pelajar habis sekolah (SPM). Conteng baju sekolah, spray-spray warna sampailah ke dinding sekolah. Habis rosak. Lepastu teriak-teriak “MERDEKA!!!”. Kalah kera di hutan. 

Kamu semua yakin sangat dah meredeka kenapa? Apakah ilmu dan sistem belajar di sekolah tu diertikan sebagai sebuah kepayahan hidup yang menyakitkan? Yang takda manfaat? Yang sia-sia? Yang menutup lubang-lubang keseronokan usia remaja? Dan peperiksaan itu pula apakah satu kezaliman pada akal fikiran? 

Kalau kamu punyai jawapan yang menunjukkan kehidupan lebih baik tanpa sekolah atau di mana-mana tempat belajar sebagai ladang menuai ilmu, tunjukkan. Tunjukkan ilmu tu tak penting dan kamu ada sistem kehidupan yang lebih baik tanpa ilmu dari orang lama (berilmu sebelum kamu). Buktikan ada bukit dan gunung yang boleh didaki sehingga bila di puncak kamu melihat orang lain di bawah terlalu kecil, dan orang di bawah melihat kamu terlalu besar dan gah! Di manakah? Tunjuk.

Sudah-sudahlah menikmati budaya habis sekolah cara bodoh itu. Yang buat tu pula dah la antara segelintir pelajar-pelajar yang nyata malas dan tak pandai pun. Tapi teriak “MERDEKA” mereka seolah orang yang penat lelah berjuang dengan cara terbaik. Kalau yang pandai juga terlibat, tanda ilmunya tak disebatikan dengan akhlak.

Benarkah merdeka?

Hakikatnya kehidupan ini ujian yang tiada kesudahan sehingga akhir usia. Dan raih ilmu itu kewajipan sehingga ke liang lahad.

Sumber : Mai Izyani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*