HANCUR INDUSTRI INI – LAGU DUET ALIFF SYUKRI DAN NUR SAJAT INI IBARAT MIMPI NGERI DI ALAM REALITI

Jutawan kosmetik, Dato’ Seri Aliff Syukri kini kembali menjadi sebutan netizen di Malaysia setelah beliau memuatnaik video teaser single terbarunya bersama-sama Nur Sajat.

Yang kelakarnya, belum cukup lagi tempoh 24 jam video itu dimuatnaik, ramai sudah memberikan berbakul-bakul cacian kepada kedua-dua orang jutawan kosmetik ini.

Berapa markah dgn vokal sy dan sajat kalau 1-10 korang nak kasi?? Disebabkan ramai yg dah tak tahan nak dengar single saya fituring @nursajat02 saya kasi tiser skit yee.. harap2 wife saya tak marah laah. Ini baru teaser okey belum vedio muzik kita nak buat letopp lavel international tunggi.

Secara Jujurnya payah sgt untuk menghasilkan lagu ini.. bayangkan sudah hampir enam bulan nak buat benda ni..berbagai cabaran nak siapkan lagu ini akhirnya siap juga..mana sy nak berlatih vokal untuk menghasilkan lagu ini lirik lagu ini diilhamkan untuk mereka yang bercinta untuk mereka yang berkasih sayang dan kasih supaya tidak berlaku curang kepada pasangannya.

Video yang dihasilkan oleh Yusry KRU itu telah mendapat kritikan yang hebat dari netizen terutamanya dari kalangan haters kedua-dua orang selebriti internet ini.

Berikut merupakan komen-komen yang ditinggalkan oleh pengguna-pengguna Facebook:

Mungkin ada benar dan mungkin tidak apa yang dikatakan oleh netizen-netizen ini. Namun apa-apa pun, tonton sendiri video mereka ini di bawah:

sumber :ohmymedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*