Gudang diserbu kastam, haters minta Sajat bertaubat – “Ni petanda suruh kau taubat Jat…”

Belum reda dengan kontroversi yang mengatakan, uahawan yang kini bergelar selebriti, Nur Sajat Kamaruzzaman telah pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menukar status jantina pada kad pengenalan sebelum ini, timbul pula isu yang lain.

Terbaru, sebuah video telah dimuat naik di Instagram yang menunjukkan sepasukan anggota kastam telah menyerbu gudang yang menyimpan produk jualannya. Namun menerusi kapsyen yang dimuat naik oleh Sajat, insiden itu bukannya salah pihak berkuasa, sebalik berpunca daripada kesilapan pengurusan gudangnya sendiri.

Kenapa ni sis?

Walau bagaimanapun, pengikutnya tidak ketinggalan menghujani ruangan komen pada posting tersebut dengan bertanyakan apa sebenarnya yang sedang terjadi tetapi tiada jawapan untuk mereka malah ada juga segelintir daripada mereka gembira dengan kesedihan yang dialami oleh Sajat.

Padan muka!

Namun setakat ini, punca sebenar pihak kastam menyerbu gudang tersebut belum diketahui dan diharapkan semoga pihak Sajat dapat tampil memberikan penjelasan yang sebenar.

Sumber : Nur Sajat via Oh My Media

SETERUSNYA…

JANGAN MAIN MAIN BILA SAJAT MULA MENGAMUK. DIA SOUND SEMUA YANG TUDUH DIA PERGI JPN TUKAR JANTINA

[UPDATE] JPN: Tiada permohonan daripada Sajat

JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan tidak menerima permohonan daripada usahawan kosmetik dan selebriti Nur Sajat Kamaruzzaman untuk mengubah status jantina pada MyKad miliknya.

Semakan JPN mendapati Nur Sajat tiada membuat permohonan di Ibu Pejabat JPN di Putrajaya pada Jumaat lalu seperti didakwa.

Difahamkan, sebelum ini Nur Sajat pernah memohon untuk mengubah status jantina pada MyKadnya, namun ditolak JPN.

Ketua Pengarah JPN Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, pihaknya tidak menghalang individu yang mahu membuat permohonan menukar jantina mereka pada MyKad, namun perkara itu akan diteliti terlebih dulu mengikut prosedur ditetapkan.

“Dalam proses permohonan penukaran jantina (pada MyKad), ada beberapa aspek akan dilihat iaitu dokumen kelahiran yang disahkan oleh doktor.

“Di dalam sijil kelahiran terdapat tiga kategori jantina yang diletakkan iaitu lelaki, perempuan dan diragui.

“Sekiranya jantina individu berkenaan (yang memohon menukar jantina pada MyKad) disahkan oleh doktor sebagai kategori diragui, mereka boleh mengemukakan permohonan untuk memilih salah satu jantina lebih dominan apabila sudah dewasa,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya akan menolak permohonan daripada individu yang sudah disahkan jantinanya sejak dilahirkan oleh doktor seperti tertera pada sijil lahir.

“Sebelum ini, kami pernah menerima permohonan daripada individu yang mahu menukar jantina asal pada dokumen mereka, namun ditolak kerana perkara itu bertentangan dengan dasar JPN.

“Kalau dalam sijil lahir mereka, jantina adalah lelaki, maka kami tidak akan menerima permohonan individu berkenaan untuk menukar jantina sebagai perempuan dalam sebarang dokumen,” katanya.

Terdahulu, Sajat dilaporkan enggan menjawab apabila dia didakwa pergi ke Ibu Pejabat JPN di Putrajaya, baru-baru ini untuk mengubah status jantina pada MyKad. SUMBER : HMETRO ONLINE

SAJAT TIDAK BOLEH TAHAN LAGI DAN AKHIRNYA MELETOP

Sajat memuat naik 1 video di instagram rasmi beliau mengenai fitnah yang tular harini bahawa dia pergi ke JPN untuk menukar status jantina. Perkara ini membuat Sajat tidak mampu menahan sabar dan ini yang dia katakan.

Tolong yer!!!! Jangan nak suka suka hari nak buat cerita sampah yang mengatakan saya pergi JPN PERGI TUKAR JANTINA!!!diam diam saya ingat saya ini nak duduk diam ker!!! Apa masalah bloger2 sampah ini???tolong hormati orang yer!!! Kalau betul saya pergi JPN,tunjukkan CCTV ATAU BUKTI SAYA PERGI KE SANA!! Jangan nak tuduh menuduh untuk buat sedapkan cerita korang!!!! Apa lagi!!! TEPUKK!!!!

sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*