Gempar Pasal Video Amaran Tsu-Nam1 Di Pulau Pinang Dibunyikan. Rupanya Ini Penjelasan Bunyi Itu

Cuaca yang tidak menentu dengan keadaan hujan yang begitu lebat melanda negeri negeri dalam Malaysia. Semalam tular di media sosial tentang keadaan air yang semakin naik di kawasan Klang mengakibat banyak kediaman yang dinaiki air.

Fenomena Air Laut Pasang Besar Di Beberapa Daerah Negeri Selangor, Yang Diramalkan Akan Bermula Dari 9 – 11 Oktober 2018

Orang ramai khususnya penduduk di sekitar negeri Selangor (Daerah Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam) dinasihatkan supaya berwaspada dengan fenomena air laut pasang besar yang diramalkan akan berlaku bermula 9 Oktober sehingga 11 Oktober 2018.

Sumber gambar: selangor.gov.my

Menurut kenyataan rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Adalah dimaklumkan, berdasarkan jadual pasang surut air laut bagi Pelabuhan Klang pada 9 Oktober sehingga 11 Oktober 2018, paras air laut diramalkan akan berada pada paras yang tertinggi. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri Selangor telah mengarahkan persediaan menghadapi bencana tahap tinggi dilaksanakan melibatkan Daerah Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Fenomena air laut pasang besar diramalkan akan berlaku bermula 9 Oktober 2018 sehingga 11 Oktober 2018 di persisiran pantai Negeri Selangor dengan ketinggian paras air laut mencecah 5.6 meter.

Selain itu juga, Negeri Selangor diramalkan menerima hujan pada paras tertinggi berdasarkan maklumat daripada Pejabat Meteorologi Malaysia sepanjang bulan Oktober 2018. Sekiranya cuaca hujan lebat dan keadaan angin kencang berlaku pada masa yang sama, risiko berlakunya banjir akan meningkat.

Justeru itu, Kerajaan Negeri Selangor menasihatkan agar penduduk di kawasan berisiko dapat mematuhi arahan Pihak Berkuasa Keselamatan dari masa ke masa.

SUMBER: Portal Rasmi Kerajaan Negeri Selangor

Amaran Tsu-Nam1 Di Pulau Pinang Adakah Betul Atau Palsu?

PETALING JAYA : Video tular mengenai amaran tsu-Nam1 di Persiaran Gurney pada Rabu adalah palsu.

Menurut pegawai bertugas di Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pihaknya tidak menerima sebarang amaran atau tanda-tanda tsu-Nam1.

“ Tsu-Nam1 berkaitan dengan gempa bumi. Pihak kami tidak menerima sebarang amaran, termasuk dari Indonesia.

“ Jadi kemungkinan video yang tular itu adalah rakaman lama atau di tempat lain. Saya minta semua orang jangan terburu-buru menyebarkan berita atau maklumat tidak betul.

“ Keadaan cuaca terkini boleh rujuk di laman sesawang MetMalaysia,” ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

Rakaman Video Ini Sebenarnya dari 3 tahun lepas

Video di bawah merupakan latihan siren amaran untuk tsu-Nam1 dan ini telah dijalankan 3 tahun lepas.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. KakiTular

Kredit: klviral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*