Gadis Jeng Jeng Jeng Keluarkan Kenyataan – ‘Tak kecil hati dengan komen netizen’

Gadis Jeng Jeng Jeng Keluarkan Kenyataan – ‘Tak kecil hati dengan komen netizen’

Baru-baru ini viral video ‘Jeng jeng jeng’ yang dipersembahkan oleh pelakon 3 pelakon teater Sanggar Teater Fauziah Nawi (STEFANI) yang disiarkan di program Selamat Pagi Malaysia, mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Ada yang terhibur dengan gaya persembahannya, tidak kurang juga yang mengkritik persembahan itu mengarut atau seperti orang kurang waras.

Bagaimanapun, pelakon teater yang mendapat gelaran ‘Gadis Jeng Jeng Jeng’ Nurul Syuhada Mohamad A’zi, 25, tidak berkecil hati dengan komen-komen netizen di media sosial.

Syuhada bersama tiga lagi rakannya, Iellyas Fietri, Fathi Radzi dan Raihan MJ, mempromosikan persembahan teater lakonan mereka berjudul Kembang Layarku.

“Pelik juga mengapa baru sekarang video itu menjadi bualan sedangkan persembahan teater itu sudah tamat. Biasalah apabila tular, ramai yang memberikan pelbagai pendapat termasuk komen negatif.

“Saya hanya mengambil pendekatan positif dan komen buruk saya tidak baca. Saya tahu ada yang mencemuh dan menganggap persembahan itu mengarut. Mungkin mereka tidak faham kerana mereka tidak menonton keseluruhan pementasan,” katanya.

Dalam pada itu, Syuhada juga tidak menjangka video tersebut mendapat lebih sejuta perkongsian sedangkan persembahan teater tersebut sudah berjalan pada bulan lepas.

“Ini adalah teater pertama lakonan saya dan saya mahu terus mencari peluang dalam bidang seni kerana minat yang mendalam. Saya harap, isu yang tular ini menjadi ‘salam perkenalan’ untuk saya memulakan langkah sebagai pelakon.

“Terima kasih kepada Fauziah Nawi yang mengasah bakat saya menerusi produksi terbitan Stefani,” katanya.

Sumber: Berita Harian Online via The Reporter

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*