GADIS CANTIK PERANCIS DIRAGUT TANPA BELAS KASIHAN. NETIZEN KUTUK PERAGUT.

Kini peragut semakin berleluasa meskipun telah ramai yang ditangkap . Sebelum ini kami telah melaporkan kes peragut yang menjadi viral di media sosial yang menggunakan duit ragut untuk mendapatkan jentera besar superbike. Namun akhirnya beliau kecundang apabila berjaya ditangkap oleh orang ramai. Walaubagaimanapun beliau dilihat dibebaskan beberapa hari kemudian dan masih bergiat aktif di laman sosial.

Mungkin peragut ini sinonim dengan pengguna motosikal namun kali ini jelas bukan semua peragut adalah pengguna motosikal . 2 orang peragut telah meragut pelancong asing dengan menngunakan kereta perodua viva yang telah berjaya diselamatkan oleh seorang lelaki dan isterinya menjadi viral di laman sosial yang telah live di laman facebooknya setelah kejadian tersebut berlaku.

Kejadian tersebut berlaku di Gua Musang Kelantan. Menurut keterangan lelaki yang menyelamatkan perempuan tersebut, Beliau berkata telah melihat gadis pelancong yang berasal dari Perancis tersebut telah meminta untuk mendapatkan petunjuk jalan dan menumpang orang dan berada di tepi jalan setelah sampai di Gua Musang. Pelancong asing yang malang tersebut dilihat bersembang dengan 2 orang lelaki yang menaiki kereta Perodua Viva sebelum meragut telefon gadis tersebut sehingga gadis tersebut jatuh ketanah.

Lelaki yang melihat kejadian tersebut cuba untuk menyekat 2 orang suspek namun 2 orang suspek tersebut berjaya melarikan diri meninggalkan gadis Perancis tersebut yang telah terjatuh . Lelaki yang melihat kejadian tersebut mula menumpangkan gadis yang malang itu ke hospital di Kuala Krai untuk membantu gadis tersebut.

PERKEMBANGAN SELEPAS MANGSA DIBAWA KE HOSPITAL UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN

Assalamualaikum,
Mulo2 ambo nk mitok maaf, sehubungan dengan video live tentang kes ragut warga Perancis di Gua Musang td, kpd semua yg chat ambo di messenger, xdan nak balas semuo dan ambo hargainya. Yg share terima kasih.

Alhamdulillah mangsa ragut td ambo telah bawa ke hospital dan balai polis bagi mendapatkan rawatan dan membuat laporan dan kes ini diterima oleh bhg jenayah IPD Gua Musang. Semoga beliau selamat dalam misi jelajah Asia.

Tindakan ambo td bg ambo sbg tanggungjawab ambo, takkan ambo nk kelih sajo biar dio gelepar tepi jalan panas ceng ceng. Ambo yakin kalu tidok ambo pasti org lain akan buat benda yg sama.

Akhir sekali, andaikata pelaku tidak ditangkap atau pihak polis tidak berjaya untuk mengesan pelaku td. Ambo harap dio sedar yg tindakan dia td sangat tidok patut, sebab kalu kita xleh nk tolong dio beri tumpang bakpo kito bebankan lg dio dngn meragut barangan dio?

“KALAU TAK BOLEH NK JADI MANUSIA, JANGAN KITA JADI BANGSAT”

Terima Kasih.


Sumber: Alerttvmalaysia

kredit: fb Adha Ibnu Din

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*