“Dulu aku siap berhijab Now? Free hair everywhere i go” – V!ral Trend Buka Tudung Dan Brbangga Di Media Sosial.

Minggu lalu kecoh dengan berita salah seorang selebriti Malaysia yang mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab. Namun keputusan yang diambilnya itu bukan lagi satu perkara baru dalam dunia hiburan Tanah Air.

Sebelum ini beberapa selebriti lain yang dahulunya memakai hijab dan tidak lama kemudian mula kembali tidak berhijab sudah pun mengegarkan industri. Itu semua cerita selebriti, kalau cakap lebih-lebih nanti ada pula peminatnya yang ‘sentap’.

Namun sejak akhir-akhir ini di laman sosial menjadi satu trend pula untuk memaparkan jika dahulu berhijab dan kini tidak lagi. Malah lebih membimbangkan trend ini menunjukkan seolah-olah individu yang melakukannya sangat bangga dengan perbuatan mereka itu.

Jika sebelum ini pelbagai trend ‘bodoh’ menjadi ikutan ramai tidak kurang yang satu ini juga. Dengan berkongsi menggunakan kapsyen yang sama iaitu:

“These are my photos. Dulu aku siap berhijab Now? Free hair everywhere i go. Appearance, lisan, adab macam orang tak ada agama. Wallahi, you can’t tell whats going to happen to you & ur heart. So doa jelah baik baik untuk kita and orang lain”

Juga diserta gambar sebelum yang berhijab dan selepas tidak berhijab.

Tinjauan kami di Twitter, sudah ramai yang mengikuti trend ini. Ini antaranya:

Sifat keterbukaan orang ramai kini meninggalkan sifat ‘malu’ mereka di belakang. Malah seolah berbangga dengan trend sebegini. Sama macam ‘artis’ katakan.

Tolong hentikan trend kurang bijak ini! Tolong jangan ajar dan ajak orang lain untuk lakukan perkara yang terang-terangan tidak patut dilakukan.

Memanglah kubur itu masing-masing, tapi bukankah yang menguruskan jenazah kalian itu nanti manusia yang berada di sekeliling korang juga?

Bukan mahu menyindir. Saya juga ada kekhilafan sendiri. Pernah melalui pengalaman sebegini. Namun tidak pula rasa berbangga untuk ‘tayang’ di laman sosial. Malu weyh! Semoga mereka semua mendapat hidayah dan terdetik di hati mereka rasa bersalah. Sumber: Twitter.

ulasan.. Hidayah itu milik Allah.

ALLAH ITU MAHA ADIL. Itu fakta.ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI. Itu fakta.HIDAYAH ITU MILIK ALLAH. Itu fakta.

Sekadar perkongsian ringkas sekadar apa yang terlintas di fikiran. Selalu kita fikir bahawa hidayah itu milik Allah. Benar, memang hidayah itu milik Allah.

Dan bagi mereka yang masih berat untuk berubah, ini yang selalu di jadikan alasan.

Hidayah Allah tak sampai lagi, macam mana nak berubah?.

Mungkin Allah lebih tahu yang aku masih belum sampai seru untuk berubah.

Nak buat macam mana, Allah tak pilih aku dapat hidayah. Bukan aku tak nak berubah.

Di saat ini diri sendiri yang harus dipersoalkan.

Benarkah kita betul-betul mahukan hidayah Allah itu? Benarkah kita sanggup meninggalkan jah!liah-jah!liah kita demi meraih cintaNya? Benarkah kita sanggup berkorban demi Dia semata-mata? Benarkah kita sanggup menggadaikan keseronokan duniawi demi menggapai redhanya? Benarkah?

Jika masih teragak-agak untuk mengorbankan kepentingan diri, bukan bersedia namanya.Jika masih berbelah bagi, bukan bersedia namanya.Jika masih tertanya-tanya kebenaran, bukan bersedia namanya.Jika masih mencari-cari alasan, bukan bersedia namanya.

Sebab Allah lebih mengetahui hamba-hambaNya yang benar-benar ikhlas ingin mendapatkan cintaNya. Dia lebih mengetahui hamba-hambaNya yang mencari-cari sinar hidayah itu. Dia lebih mengetahui hamba-hambaNya yang sanggup berkorban demi meraih cintaNya. Dan Dia maha adil memberikannya pada yang benar-benar inginkan hidayah itu.

Itu bukti Allah itu maha mengetahui. Allah itu maha adil. Hidayah itu milik Allah.

Step back and reflect!

Kalau benar diri ingin berubah, bukan sekadar menunggu hidayah itu turun dari langit tanpa berusaha ke arahnya. Bukan sekadar memberi alasan seolah-olah hidayah itu muncul secara tiba-tiba. Kerana Allah hanya akan mengahadiahkan hidayahNya pada mereka yang benar-benar mencari dan sanggup berkorban keranaNya.

Sesungguhnya engkau ( Muhammad ) tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.
(Al-Qasas 28:56).

Berusaha memperbaiki diri. Berusaha meninggalkan jahiliah yang mengotorkan hati. Berusaha memohon pada Dia yang maha memiliki. Semoga hidayah Allah itu akan sampai ke dalam diri kita dengan izinNya, Insya’Allah.

Ya Allah, kurniakanlah kami petunjuk dan hidayahMu. Sesungguhnya aturanMu lebih baik dari aturan kami. Sesungguhnya Engkau maha mngetahui apa yang tidak kami ketahui. Kurniakan apa yang terbaik buat kami Ya Rabb

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*