DUA SUSPEK AKHIRNYA BERJAYA DITANGKAP

Baru-baru ini viral apabila 3 lelaki membun uh kucing bunting secara ke jam dengan memasukkannya ke dalam mesin pengering pakaian di dobi layan diri. Perlakuan ke jam mereka dirakam CCTV premis berkenaan serta tular di media sosial menimbulkan kemarahan orang ramai.

Terbaru, menerusi Harian Metro, 2 suspek yang dikehendaki itu berjaya ditangkap pihak polis. Walau bagaimanapun, seorang suspek lagi masih bebas.

2 sudah ditahan

Kedua-dua lelaki berkenaan yang mana perlakuan kej am mereka membu nuh seekor kucing bunting terbiar dengan ke jam, ditahan awal pagi tadi sekitar daerah ini.

Bagaimanapun, polis masih lagi memburu seorang lagi suspek yang turut berada di lokasi ketika kejadian kejam itu dilakukan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, dua daripada tiga lelaki berkenaan ditahan awal pagi tadi oleh Bahagian Siasatan Jen ayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak. Menurutnya, kedua-dua suspek ditahan sekitar Gombak dan polis masih lagi memburu seorang lagi rakan mereka yang masih bebas.

Diburu polis sejak semalam

Semalam, polis mendedahkan gambar tiga suspek berkenaan yang dikehendaki kerana melakukan penganiayaan dan membunuh haiwan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

Ketiga-tiga sus pek di buru selepas mereka membu nuh seekor kucing bunting terbiar dengan ‘memanggangnya’ dalam mesin pengering pakaian di dobi layan diri di Taman Gombak Ria, 12.30 tengah malam, Selasa lalu.

Bangkai kucing berkenaan ditemui pelanggan lain pada 10.30 pagi ketika ingin menggunakan mesin pengering berkenaan sebelum sebuah pertubuhan membela haiwan bertindak melaporkan kejadian kepada polis.

#Jenayah Tiga suspek lelaki bunuh kucing diburu. #bunuhkucing #Meow #buru #admi

#Jenayah Tiga suspek lelaki bunuh kucing diburu.#bunuhkucing #Meow #buru #admingeram

Posted by Buletin TV3 on Thursday, 13 September 2018

Sumber : Harian Metro

kredit: Ohbulan

JANGAN KAITKAN BANGSA DAN AGAMA. LELAKI INI JELASKAN 2 LELAKI YANG BU NUH KUCING DALAM MESIN DOBI ADALAH

Lelaki yang bernama Selva Kumar menyuarakan pendapat beliau tentang 2 lelaki membu nuh seekor kucing yang dikatakan sedang mengandung dengan meletakkan kucing tersebut di dalam dobi. Mereka tiada perikemanusian sehingga sanggup gunakan duit syiling sendiri untuk pusingkan mesin dobi tersebut.

Jangan kaitkan bangsa atau agama. Ini yang dikatakan oleh Selva Kumar, mereka tidak layak menjadi manusia sebaliknya harus digelarkan sebagai sya itan. Mereka harus ditangkap dan dibawa ke muka keadilan. – KL VIRAL

“Pembu nuh kucing ada masalah mental, perlu hukuman berat!”

Presiden Kelab Kucing Malaysia meminta pihak berkuasa menjalankan hukuman ke atas pendera haiwan mengikut undang-undang yang ditetapkan.

Khalid Rashid atau lebih dikenali Pak Khalid merayu pihak Veterina Malaysia lebih bertegas menggunakan hukuman denda atau penjara kepada pelaku.

“Ini adalah masanya. Now or never (kalau bukan sekarang, ia tidak akan dilaksanakan sampai bila-bila).

“Saya geram, marah, dengan pelaku yang membuatkan mendera kucing mengandung itu sehingga m4 ti.

“Apa salah kucing itu?,” luahnya kepada mStar Online mengenai insiden dua lelaki yang memasuki seekor kucing bunting ke dalam mesin pengering pakaian layan diri di Taman Seri Gombak dekat sini awal pagi Rabu.

Susulan kejadian itu Pak Khalid meminta pihak berkuasa lebih bertegas menjatuhkan hukuman kepada individu berkenaan.

“Tangkap, bicara dan jalankan hukuman. Sekarang ini denda sehingga mencecah RM100,000 atau kalau tak mampu banyar sumbat sahaja dalam penjara.

“Dan bukan dikenakan denda yang minimum. Biar hukuman itu menjadi pengajaran kepada orang lain.

“Saya juga mahu cadangkan mereka ini dikenakan hukuman dengan menjalani khidmat sosial.

“Hantar mereka kerja di pusat jagaan haiwan, biar mereka tahu sedikit macam mana nak jaga haiwan.

“Saya pun bukan suruh mereka sayang atau jaga kucing atau haiwan lain, tetapi jangan ke jam macam tu.

“Saya boleh katanya mereka ini mempunyai masalah mental,” jelasnya.

Sebuah video yang dirakamkan dari kamera litar tertutup (CCTV) sebuah pusat dobi layan diri menjadi tular apabila pelanggan premis berkenaan tergamak memasukkan seekor ibu kucing yang sedang bunting ke dalam mesin pengering lalu menghidupkan peralatan berkenaan.

Kucing tersebut m4 ti dengan kesan darah dalam mesin itu yang mempunyai tiga tahap suhu iaitu panas, sederhana panas atau biasa.

Sumber:Mstar via KLviral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*