“Di mana yang boleh, saya akan hapuskan tol” – PM Najib

“Di mana yang boleh, saya akan hapuskan tol” – PM Najib

BANGI – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak bercadang akan memansuhkan mana-mana tol kerana beranggapan pelaksanaan sistem tersebut hanya mendatangkan beban kepada rakyat.

“Saya tidak percaya kalau kita kenakan tol setiap hari, ianya baik untuk rakyat. Kalau Lebuhraya Utara-Selatan atau Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur, ya, bayar tol sekali-sekala. Tetapi kalau bayar tol hari-hari, dua kali, empat kali, sesiapa pun sakit hati”.

Kredit: The Malay Mail Online

Kenyataan tersebut telah dibuat ketika berucap dalam sesi perkongsian Bajet 2018 Bersama Rakyat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Ujar beliau lagi, “Pemimpin terdahulu sangat percaya dengan tol. Saya tidak suka tol. Sebab itu Lebuhraya Pan Borneo tiada tol demi penduduk Sabah dan Sarawak, juga Batu Tiga, Sungai Rasau, Bukit Kayu Hitam, Eastern Dispersal Link dan tol Cheras sebelum ini, kita mansuh”.

Kredit: Astro Awani

Dalam ucapan beliau, Perdana Menteri turut sempat menyatakan akan berusaha untuk memansuhkan mana-mana tol di kawasan yang bersesuaian.

“Di mana yang boleh, saya akan hapuskan tol. Menyakitkan hati dan menyebabkan kesesakan lalu lintas. Kita boleh lakukannya kerana saya perlu betulkan keputusan-keputusan yang dibuat pentadbiran terdahulu”.

Kredit: Sinar Online

Beliau yang turut menyifatkan isu tol sebagai masalah warisan berjanji akan menanganinya jika kewujudan tol ini tidak menjadi kepentingan rakyat.

Sumber : EraBaru

Artikel Seterusnya…

TERKINI – TARIKH BILA PEMBAYARAN DUIT BRIM 2018 MASUK AKAUN !

Bila Pembayaran Duit BRIM 2018 Masuk Akaun.

Tarikh pembayaran BRIM 2018 menjadi topik hangat buat rakyat Malaysia ketika ini kerana ada pihak yang menyebarkan maklumat salah di media sosial mengenai tarikh pembayaran BR1M 2018 dan bila duit BRIM 2018 masuk ke akaun penerima BR1M.

Sebelum ini ada pihak yang menyebarkan maklumat yang tidak sahih bahawa duit BRIM 2018 masuk ke akaun penerima pada tarikh 18 Febrauri 2018. Ternyata maklumat yang tular sebelum ini adalah salah sama sekali.

Pembayaran BR1M 2018 untuk fasa pertama adalalah pada 26 Februari 2018 dan akan diberikan secara berperingkat(tidak semestinya 26.2.2018 sudah masuk akaun).

Jadi, rakyat Malaysia yang berjaya mendapatkan BR1M dinasihatkan untuk menyemak dahulu akaun bank anda masing-masing melalui semakan online bagi mengelakkan kesesakan di mesin ATM.Semakan online boleh dilakukan menggunakan perbankan internet masing-masing sebagai contoh seperti Maybank2u atau CIMB Clicks.

Individu Bujang Dibayar Sekaligus Februari 2018Sebagai maklumat tambahan, pembayaran BR1M 2018 akan dibayar secara berperingkat mengikut kategori yang telah ditetapkan. Untuk kategori individu bujang sahaja dibayar sekaligus pada bulan Februari 2018 ini.

Syarat Kelayakan Mendapat Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM)

Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja

Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawahWarga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawahBujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawahSebarang maklumat lanjut atau semakan status BR1M 2018 anda boleh menyemak terus di laman web https://ebr1m.hasil.gov.my/.

Cara Pembayaran BRIM 2018

Terdapat dua cara untuk pembayaran BR1M 2018 ini iaitu melalui pembayaran baucar dan akaun bank.

Baucar BR1M 2018: Diberikan baucar kepada penerima yang tiada akaun bank dan boleh ditunaikan terus di bank seperti Bank Simpanan Nasional, Maybank atau CIMB.

Akaun Bank: Pembayaran BR1M 2018 akan dikreditkan terus ke nombor akaun penerima BRIM.Sebarang maklumat lanjut mengenai segala macam mengenai Bantuan Rakyat 1 Malaysia(BR1M) anda boleh menghubungi terus ke pihak berwajib seperti di bawah.

Sumber: Blogammar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*