Detik Akhir Adik Firdaus Dijemput Ilahi Ketika Lemas di Sungai. Ini Luahan Sayu Abang Mngsa

“ Lima tahun lalu, saya pernah menerima anugerah wira kerana menyelamatkan mngsa lem4s di Pantai Melawi, Bachok, tapi adik kandung sendiri meninggal dunia sebab lem4s dan saya gagal selamatkan,” kata Mohammad Zulkifli Ismail, 20.

Dia abang kepada Mohammad Firdaus, 15, yang lem4s di sungai dekat Kampung Tebing Tinggi, Pasir Puteh, 9.09 malam semalam.

Mohammad Zulkifli berkata, kejadian itu mengejutkan mereka sekeluarga, namun tetap reda kerana sudah ditakdirkan Ilahi.

Katanya, sehari sebelum kejadian mereka sekeluarga sempat berkumpul buat kali terakhir bersama arwah dan menikmati nasi ayam.

Malah, arwah dikatakan memintanya belanja mereka hidangan berkenaan di sebuah kedai makan di Semerak, Pasir Puteh.

“ Sebelum ini dia tak pernah minta apa-apa, tapi malam sebelum kejadian itu, dia minta saya belanja nasi ayam dan kami sekeluarga keluar makan bersama, malah arwah kelihatan sangat gembira.

“ Tidak sangka itulah kenangan terakhir kami bersamanya,” katanya ketika ditemui di Hospital Tengku Anis (HTA).

Myat Mohammad Firdaus ditemui pasukan penyelamat kira-kira 11 meter dari tebing selepas lem4s ketika mandi di sungai yang terletak tiga kilometer (km) dari rumahnya di Kampung Binjai.

Menurut Mohammad Zulkifli, arwah anak kesembilan daripada 10 beradik adalah seorang yang ceria dan patuh dengan ibu mereka, Samsiah Sulaiman, 53.

Katanya, sebelum kejadian itu, arwah yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Petai keluar joging bersama abangnya, Mohammad Ezri Syam, 17, dan rakan mereka.

“ Dia memang suka joging dan sering ke kawasan sungai itu. Mereka keluar dari 6 petang lagi sebelum Ezri pulang dalam keadaan cemas dan beritahu arwah lem4s.

“Saya segera ke sana dan rakannya memaklumkan arwah baru saja tenggelam. Saya terjun sungai dan cuba mencarinya tetapi tidak temui.

“ Hampir sejam juga saya menyelam, mencarinya,” katanya yang sedang bercuti selepas menamatkan latihan ketenteraan dan akan mula bertugas di kem tentera di Johor.

Jena zah arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tebing Tinggi pada 11 pagi.

” Be, be (abang), aku lem4s..”

“ BE, be (Abe) aku lem4s.” Itu jeritan terakhir remaja, Mohammad Firdaus Ismail ,15, yang sempat dirakam rakannya sebelum lem4s di sungai Kampung Tebing Tinggi, Pasir Puteh, hari ini.

Myat ditemui pasukan Bomba dan Penyelamat 9.09 malam tadi, kira-kira 11 meter daripada lokasi kejadian, selepas lebih dua jam hilang.

Mngsa dikatakan keluar berjoging bersama abangnya, Mohammad Ezri Syam, 17, dan dua rakannya, kira-kira 6 petang petang hari ini sebelum mereka cuba menyeberangi sungai sebagai jalan pintas untuk pulang ke rumah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofar berkata, ketika mereka menyeberang sungai itu, mngsa secara tiba-tiba lem4s.

“ Dalam rakaman video menunjukkan, mngsa bersama abang dan rakannya turun ke dalam sungai, manakala seorang lagi rakan sedang membuat rakaman video.

“ Mngsa dan rakannya dipercayai baru saja turun ke sungai sebelum dia menjerit mengatakan lem4s.

“ Rakan dan abangnya kemudian menghubungi bomba dan ahli keluarga untuk menyelamatkan mngsa,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian 7.20 malam sebelum pihaknya bergegas ke lokasi kejadian.

“ Operasi mencari mngsa dijalankan menggunakan kaedah carian dasar ‘grapite iron’ dan tidak lama kemudian, kita berjaya menemui mngsa pada kedalaman tiga meter,” katanya.

“ Myat mngsa yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Petai dihantar ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh, untuk bedah siasat,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Ariana Rose

Sumber : hmetro & accidentportal

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*