Curi dompet orang!! Ingat tidak ada orang nampak? Bila tahu ada CCTV.. Lihat apa yang dia buat.. Memang Dah Kantoilah Jawabnya…. Hahahaha….

Video di bawah memaparkan seorang lelaki jumpa orang lain sedang buat kerja. Dompet orang tu kat poket seluar dia dan senang nak ambil. Lelaki tu terus timbul keinginan nak curi dompet orang tersebut dan larikan diri. Saat dia ambil dompet tersebut, tiba-tiba dia nampak ada CCTV kat dinding sedang buat rakaman, lihat apa yang dia buat… Anda boleh scroll ke bawah tonton video terus, untuk mengetahui info yang lebih lanjut dan lengkap.

Pernah ada sesiapa yang pernah mencuri sesuatu dari anda? – Bagaimana perasaan anda itu? – Siapa yang mencuri ia adalah seorang pencuri, dan tiada siapa yang suka pencuri. Bagaimana anda berfikir seseorang menjadi pencuri? Adakah dia dilahirkan seperti itu? Kami baru mengetahui bahawa manusia dilahirkan dengan dosa. Jadi kita semua tidak sempurna. Tetapi tiada siapa lahir seorang pencuri. Seorang pencuri boleh datang dari keluarga yang baik. Ibu bapanya, saudara-saudaranya, dan saudaranya mungkin jujur. Tetapi keinginan seseorang untuk perkara-perkara seperti wang dan wang yang boleh dibeli boleh menyebabkan dia menjadi pencuri.

Apabila seseorang memiliki sesuatu, dia mempunyai hak untuk mengatakan siapa yang boleh menggunakannya. Sebagai contoh, anda boleh bermain dengan anak-anak lain di rumah mereka. Adakah anda patut mengambil sesuatu dari sana dan membawanya ke rumah anda? – Tidak boleh melainkan jika bapa atau ibu memberitahu anda bahawa anda boleh. Jika anda mengambil sesuatu rumah tanpa bertanya, itu mencuri.

Apa-apa pun, info di atas adalah sekadar pandangan admin semata-mata. Sekarang mari kita tonton video di bawah. Curi dompet orang!! Ingat tidak ada orang nampak? Bila tahu ada CCTV.. Lihat apa yang dia buat.. Saksikan!!

Sila tonton video:

SUMBER

PERHATIKAN WANITA INI.AWALNYA HANYA MAHU MENUMPANG TEDUH DI RUMAH KENALANNYA…TAPI CUBA PERHATIKAN APA YANG DIA LAKUKAN SELEPAS ITU…

Komen tentang video : (atau scroll ke bawah terus tonton video penuh)

Perhatikan wanita ini. Awalnya hanya mahu menumpang teduh di rumah kenalan. Tapi cuba lihat apa yang dia lakukan kemudiannya.. Anda boleh scroll ke bawah tonton video terus, untuk mengetahui info yang lebih lanjut dan lengkap.

Kawan baik juga harus barhati-hati. Kadang-kadang bantu kawan, tapi kawan yang nak kenakan kita balik. Ini lah yang paling buat orang rasa sedih terhadap kawan cam ni. Seperti apa yang dipaparkan dalam video di bawah. Wanita yang dalam rumah bagi kawan dia masuk dan tumpang teduh. Oleh sebab prihatin terhadap kawan dia, wanita tu pun izinkan kawan dia masuk rumah. Tapi siapa sangka kawan dia akan buat perkara cam ni di rumah dia. Kalau bukan adanya CCTV di dalam rumah pasti tidak akan percaya kawan dia akan buat perkara cam nie.

Persahabatan sepatutnya menjadi salah satu perkara yang membuat kehidupan bernilai hidup, tetapi apa yang berlaku apabila rakan anda mengkhianati anda? Pengkhianatan tidak pernah menyenangkan, tetapi ia nampaknya hanya menyakiti sedikit lagi apabila ia datang dari orang yang anda pernah dekat. Jika anda telah dikhianati oleh rakan anda dengan cara ini, anda mungkin mengalami yang paling buruk yang boleh dilakukan oleh rakan anda kepada anda.

Apa-apa pun, info di atas adalah sekadar kongsi maklumat. Sekarang mari kita tonton video di bawah. Perhatikan wanita ini.Awalnya hanya mahu menumpang teduh di rumah kenalan.Tapi cuba lihat apa yang dia lakukan kemudiannya.. Saksikan

Sila tonton video:

Sumber

ANAK MURID DITANGKAP MENCURI. CARA GURU INI ‘URUSKAN’ MURIDNYA WAJAR MENDAPAT TEPUKAN RAMAI!

Guru ibarat lilin yang menerangi hidup seseorang manusia. Tanpa guru, tidak akan wujud insan yang berilmu, berpengetahuan, memiliki nilai-nilai murni dan berwibawa.

Peranan guru dalam mendidik kita semua adalah sangat penting kerana jika tersalah didikan, anak murid tersebut mungkin akan ‘sesat’ atau tersalah arah.

Dalam usaha untuk membentuk sahsiah diri seseorang haruslah dimulakan di peringkat kanak-kanak. Namun, tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Kanak-kanak juga akan melakukan kesalahan tertentu.

Persoalannya, adakah hukuman harus dijadikan sebagai satu-satunya cara untuk  mendidik mereka?

Bagi guru bernama Mohd Fadli Salleh ini, nasihat atau bercerita mengenai kisah tauladan merupakan kaedah terbaik berbanding menggunakan pendekatan yang bersifat hukuman. Oleh itu, dia telah kongsikan satu peristiwa yang cukup memberi pengajaran buat kita semua.

Kredit: Facebook/Mohd Fadli Salleh

Kisahnya bermula apabila dua orang pengawas sekolah datang kepada guru ini untuk menyerahkan seorang murid Tahun Dua yang ditangkap atas kesalahan mencuri sekotak ensel warna di koperasi sekolah.

”Betul ke awak mencuri? Awak curi apa?”

Cikgu Fadli mengajukan persoalan tersebut dengan nada yang lembut. Bagaimanapun, pertanyaannya tidak dijawab dan pelajar berkenaan hanya tertunduk diam.

“Pandang muka cikgu. Cikgu tak suka orang berbohong dan cakap tipu dengan cikgu. Betul ke pengawas kata awak curi barang di kedai buku. Awak ambil apa?”.

Ketika itu, mungkin atas rasa bersalah, pelajar berkenaan tidak lagi mampu menahan air matanya dari mengalir. Setelah disoal, dia mengakui kesalahannya mencuri pensel warna kerana pensel warna miliknya banyak yang sudah hilang.

Malangnya, sewaktu dikejar pengawas, pensel warna yang dicurinya telah terjatuh ke dalam longkang.

Guru tersebut turut bertanya mengenai latarbelakang anak muridnya itu. Didapati dia masih lagi mempunyai ibu bapa malah bukan tergolong dalam kategori keluarga yang miskin.

Pelajar ini menjawab setiap soalan yang ditanya oleh Cikgu Fadli sambil teresak-esak sedangkan guru berkenaan tidak langsung memarahi atau mengugutnya dengan rotan. Tidak lama kemudian, guru ini bertindak menasihati pelajar tersebut supaya tidak lagi mengulangi kesalahan yang sama.

“Aku nasihatinya jangan mencuri lagi dan terangkan bahawa perbuatan mencuri itu salah. Tidak boleh mencuri meskipun duit langsung tiada.”

Setelah memberikan nasihat sambil menceritakan beberapa kisah tauladan, barulah anak muridnya itu bertenang malah mendengar dengan penuh khusyuk.

Cikgu Fadli kemudiannya melakukan satu tindakan yang mungkin tidak terfikir oleh orang lain. Tetapi, niat baiknya itu diyakini dapat mengubah murid berkenaan supaya menyedari akan kesalahannya.

“Awak nak pensel warna tak? Cikgu hadiahkan untuk awak. Cikgu ada banyak pensel warna. Lap air mata itu dulu.”

Mendengarkan sahaja ayat tersebut keluar dari mulut gurunya, pelajar ini terus menuruti segala arahan. Dia mula mengelap air matanya dan menerima sekotak pensel warna jenama Luna dengan hati yang gembira.

Kredit: Facebook/Mohd Fadli Salleh

Menurut Cikgu Fadli, sebaik sahaja dihadiahkan pensel warna tersebut, mata murid berkenaan yang pada awalnya dipenuhi air mata kesedihan kini bertukar dengan senyuman kegembiraan.

Seorang murid yang ketakutan dan kesedihan kerana ditangkap mencuri kini menjadi murid yang gembira dan ceria selepas menerima sebekas pensel warna.

“Kadang-kadang, bukan semua kesalahan perlu kita balas dengan hukuman. Kadang-kadang, memaafkan itu lebih diingati. Kadang-kadang, sebuah hadiah itu mampu mengubah sikap berbanding hayutan rotan dan makian kejam. Kadang-kadang, apa yang kita buat hari ini membentuk jati diri seseorang 20 tahun nanti”.

Semoga kisah perkongsian Cikgu Fadli memberikan manfaat kepada anda semua.

Sumber: Mohd Fadli Salleh

Via Era Baru Via Awakcomel

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*