“Cukuplah buat saya macam pengemis” – Sesuatu telah berlaku kepada Janda Chef Fikree selepas tiga hari dice3raikan

KETIKA umat Islam sedang sibuk membuat persiapan untuk menyambut hari raya Aidilfitri, isu hubungan rumah tangga cef selebriti, Chef Fikree Aznan masih belum berakhir sejak minggu lalu. Menerusi Instagram, Zuriehan Ben Yahya sekali lagi mendakwa bekas suaminya itu telah menghalau dia dan anak mereka, Jayden dari rumah sewa di Keramat selepas tiga hari diceraikan. “Malam tu dekat rumah Ara Damansara awak tak bagi saya masuk, cakap awak yang bayar sewa. Saya nak ambil kunci awak rebut sampai lebam tangan saya dan semalam (Ahad) juga dekat rumah Keramat awak ulang benda sama. “Saya dalam tempoh edah, saya dengan anak boleh tinggal lagi di situ dalam masa tiga bulan. Baru ceraikan saya tiga hari dah nak halau saya. Bagilah saya cari rumah dulu. Antara pendedahan Zuriehan di laman Instagramnya. “Dendam dengan saya pun tak payah nak memprovokasi saya. Saya ni perempuan, awak tu lelaki. Sampai sudah nak buli saya. Berhenti, tolong berhenti… Saya dengan Jayden akan keluar. Cukuplah buat saya macam pengemis,” katanya. Sebelum ini, Zuriehan mendedahkan bekas suaminya itu berlaku curang terhadapnya dengan seorang wanita berstatus isteri orang dan pernah berbalas mesej berbaur lucah dengan seorang pengacara televisyen. Zuriehan juga ada memuat naik status memberitahu Fikree telah melepaskannya secara baik namun status tersebut telah dipadam beberapa jam selepas itu. Dalam pada itu, Zuriehan memberitahu dia sudah beberapa kali memujuk Fikree untuk menyelamatkan rumah tangga mereka namun gagal. Fikree sebelum ini meminta semua pihak memberi ruang kepada dia untuk memperbaiki dan menyelesaikan masalah hubungan rumah tangganya demi keluarga tercinta. Berikut reaksi warganet: Demi hawa nafsu sesaat sanggup menjadakan isteri..  Allahu akbar  Esok dah sakit baru dia tau menyesal ksian wife dia… skrg ni mmg musim curang ka???? haduhhhh Lantak korang lah malas nak layan.nanti mod raya aku hilang Tahun ni tahun babi.. Sabar lah.. Tahun depan Xlama. Dah.. Kita tengok dia punya go p/s: Semoga  kemelut rumahtangga mereka ini dapat diselesaikan dengan baik. Tinggal beberapa hari lagi umat islam nak menyambut syawal Apa kata anda?Kongsikan bersama kami sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*