CIKGU SADO LEMPANG ANAK MURID SAMPAI BENGKAK TERUK. RUPA RUPANYA INI YANG BERLAKU

MURID Tahun Dua cedera di bahagian tengkuk kanannya dikatakan akibat dipukul seorang cikgu di sekolahnya.

Menurut sumber, kecederaan itu disedari oleh ibu mangsa ketika mengambil mangsa di rumah neneknya di Kampung Padang, Hulu Langat, petang semalam.

“Ketika menjemput mangsa, kira-kira pada jam 4 petang, ibunya terkejut melihat kesan lebam yang teruk di bahagian tengkuk kanan anaknya.

“Apabila ditanyakan mengenai kecederaan itu, mangsa berkata dia ditampar salah seorang gurunya pada Jumaat lalu, malah turut memberitahu nama cikgu yang terbabit.

“Ibunya yang berang terus ke pejabat guru besar dan memaklumkan kejadian berkenaan sebelum hadir membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang,” katanya ketika dihubungi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisoner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan. SUMBER : HMETRO ONLINE

UPDATE TERKINI

Dakwa ditampar, rupanya nenek bubuh ..
Setelah viral kejadian guru tampar murid siang tadi, Guru Jan Raafi telah membuat laporan polis bekaitan kes ‘tampar murid sehingga lebam’ tersebut.

Menurut beliau apa yang diceritakan oleh murid itu adalah tidak benar. Tiada pun murid tersebut ditampar atau terlanggar tangan beliau.

Yang sebenarnya kesan biru itu adalah nila dan cuka yang diletak oleh neneknya kerana anaknya itu disyaki terkana penyakit beguk. Beliau juga memberitahu memang sekarang ini beguk dan HFMD sedang menular di kalangan murid di sekolahnya.

Berikut adalah laporan polis yang telah dibuat oleh guru tersebut:

Cikgu Jan Raafi juga telah mendapat kecaman dari pelbagai pihak, kerana telah diviralkan di media sosial.

Itulah cabaran seorang guru, pelbagai fitnah dan cacian terpaksa ditempuhi.

POLIS JALANKAN SIASATAN TERHADAP KES PELAJAR CEDERA DITAMPAR GURUKuala Lumpur, 14 Ogos 2018 – Seorang wanita mendakwa…

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Tuesday, August 14, 2018

SUMBER : Pendidik2u via BN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*