Chef Wan Terjumpa Che Puan Khaleeda Di Tepi Pantai Mahu Ambik Gambar, Sekali Bateri Camera Habis. Tak Sangka Ini Yg Dilakukan Oleh Tuanku

Baru-baru ini, cef berusia 61 tahun itu memuat naik satu gambar di laman Instagram miliknya yang mengundang perhatian netizen.

Menerusi posting tersebut, Chef Wan meluahkan perasaan terujanya dapat bertemu dengan isteri kepada Tuanku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu YM Che Puan Khaleeda Bustamam.

Gembira dapat bertemu Che Puan Khaleeda…
“Saya sangat teruja kerana akhirnya dapat peluang untuk bertemu dengan Che Puan Khaleedah serta kedua-dua anak mereka yang comel di pantai,” ujarnya.

Tambahnya lagi, Che Puan Khaleeda juga seorang yang sangat merendah diri dan lebih selesa dipanggil Che Puan berbanding Tuanku.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji kecantikan yang dimiliki dan sikap merendah diri Che Puan Khaleeda.

Che Puan is really a humble person…

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Tuanku Ismail pada 24 Oktober 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Komen netizen:

Che Puan Khaleedah isteri Tuanku Mahkota,sudahlah jelita berhemah pula,boleh bergaul dengan rakyat jelata,contoh mulia peribadi ada pada dirinya

Bangga saya sebagai anak Johor .. ye kami rakyat Rakyat Johor amat2 syg kan keluarga Diraja Johor. Terima kasih Dato’ @_chefwan58 kerana menyantuninya. ♥️

Slalu nampak chef komen2 kat ig Che Puan & TMJ..& now ada gamba chef & Che Puan..wowww..

You need prepare more power bank but anyway this was the chance to have a precious photo with Che Puan and she was send back the photo to you by WhatsApp. Great and wonderful……

Sumber : Instagram Chef Wan, Instagram YM Che Puan Khaleeda

Artikel berkaitan: TMJ kongsi kisah cinta pandang pertama

KUALA LUMPUR: : “Ia cinta pandang pertama,” luah Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika menceritakan pertemuan pertama beliau dan isteri, YM Che Puan Khaleeda Bustamam.

Menurut Tunku Ismail, Che Puan Khaleeda tidak mengetahui beliau kerabat diraja ketika mereka bertemu buat pertama kali.

“Ibunya bekerja di bahagian pendidikan kedutaan Malaysia di England dan dibesarkan di sana selama enam tahun.

“Apabila dia (Che Puan Khaleeda) pulang ke Malaysia, dia tidak tahu siapa saya sebab ketika itu saya merupakan salah seorang daripada pemain polo, dan tidak dikelilingi dengan pengawal.

“Kemudian kami berbual dan saya mengambil nombornya,” jelas beliau dalam rancangan bual bicara Obviously Harith Iskander di Astro AWANI pada Sabtu.

Tunku Ismail selamat diijabkabul dengan Che Puan Khaleeda di Istana Bukit Serene pada 24 Oktober, 2014. Pada 25 Jun lalu, pasangan diraja itu telah dikurniakan seorang puteri yang diberi nama Tunku Kalsom Aminah Sofiah.

Tambahnya lagi, keluarganya sentiasa mengingatkan beliau untuk sentiasa merendah diri.

“Saya cuba sedaya upaya untuk merendahkan diri dan akan berkelakuan seperti seorang keluarga diraja apabila perlu. Namun saya memilih untuk bersikap jujur. Saya suka untuk menjadi diri sendiri,” katanya

Artikel berkaitan: BERSYUKUR DIBESARKAN IBU TUNGGAL, YM CHE PUAN KHALEEDA LUAH RASA HATI BUAT MAMA TERSAYANG

Memegang ‘title’ seorang ibu tunggal bukanlah mudah. Apatah lagi dalam membesarkan anak-anak. Seboleh-bolehnya segala ruang kasih sayang diisi agar anak-anak tidak merasa kekurangan malah turut menyemai nilai-nilai positif agar mereka dapat jadikan panduan serta pedoman bila besar nanti.

Terharu membaca luahan hati dan nukilan oleh Yang Mulia Isteri Tunku Mahkota Johor, Che’ Puan Datin Paduka Khaleeda Bustamam, 25 ini kepada bonda tersayang. Rupanya YM Che Puan Khaleeda dibesarkan oleh mama tersayang, Aziyah Abdul Aziz yang merupakan seorang ibu tunggal.

Nilai-nilai positif dan murni yang disemai oleh bondanya ternyata membentuk peribadi mulia puteri raja kesayangan bangsa Johor ini.
YM CHE PUAN KHALEEDA MENULIS LUAHAN BAHASA INGGERIS TERSEBUT DIDALAM INSTAGRAMNYA.

“Mama saya antara salah seorang wanita paling kuat dalam kehidupan saya. Saya benar-benar rasa bersyukur dibesarkan olehnya, diajar nilai sebenar kehidupan bahawasanya dunia ini hanyalah tempat sementara buat kita”.

“Sentiasa mengingati Allah SWT, jangan peduli perkara material dan mengejar dunia. Menghormati setiap orang dan setiap benda hidup serta menjaga alam semulajadi dan haiwan. Sentiasa mendoakan orang yang berkata mahupun melakukan perkara jahat pada diri saya dan paling penting untuk selalu tersenyum setiap hari”.

“Kepada semua ibu tunggal di luar sana, rasa hormat saya pada anda semua melebihi segala-galanya. Saya dibesarkan oleh ibu saya yang juga merupakan seorang ibu tunggal. Saya telah melihat kepayahan dan kecekalan yang dia tempuhi namun tiada sedikit pun keluhan yang keluar dari mulutnya yang manis”.

“Saya berdoa semoga kegigihan dan kesabaran yang ada pada dirinya sesuatu yang saya boleh miliki suatu hari nanti. Saya menulis ini bukan kerana ucapan Hari Jadinya tetapi untuk mengingatkan diri kita agar limpahkanlah kasih sayang buat ibu kita dengan penuh rasa cinta, ambil berat dan menghormatinya selagi mereka masih ada. Ini kerana terdapat mereka yang tidak berpeluang untuk mengenali ibu mereka sendiri. Alfatihah buat mereka yang ibunya telah berada di syurga sekarang”.

“Saya juga menulis perkara ini kerana sekarang saya memahami kasih sayang seorang ibu dan ia cintanya yang tiada berpenghujung. I Love You With All My Heart, My Sweet Darling Mama♥️”
Terdahulu, DYAM Tunku Ismail dan YM Che’ Puan Datin Paduka Khaleeda telah mendirikan rumahtangga pada 24 Oktober 2014. Pasangan diraja ini dikurniakan sepasang cahayamata YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah,2 dan YAM Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim,1.

Menjunjung kasih dan sangat bersetuju dengan pesanan oleh YM Che Puan Khaleeda ini.Semoga para ibu tunggal memperolehi inspirasi dengan catatan ini. Buat para pembaca pula, hargailah ibu yang masih ada dan luahkanlah kasih sayang serta perhatian buat ibu tersayang.

Sumber: YMChePuankhaleeda

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*