Chacha Maembong & Didi Astillah Cedera Terlibat Kemalangan

PENYANYI Didi Astillah dan pelakon Chacha Maembong masih trauma selepas terlibat dalam kemalangan kereta kira-kira pukul 2 pagi, Isnin.Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah, 22, berkata Chacha yang memandu keretanya cuba mengelak kereta Proton Wira yang laju sehingga hilang kawalan sebelum terlanggar pembahagi jalan dalam kejadian di Jalan Alor, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Didi mengalami kecederaan di muka dan dadanya masih lagi sakit. Foto Instagram: @didiastillah.

Menurutnya lagi, mereka hanya dibantu oleh orang awam yang berada di situ dan kereta Proton Wira yang dipandu seorang lelaki memecut tanpa dapat dikesan.

“Sampai sekarang masih lagi trauma. Kejadian itu berlaku ketika kami nak keluar dari simpang Jalan Alor tiba-tiba ada kereta Wira muncul dengan lajunya.

Didi kongsi wajahnya yang sedang bengkak selepas kemalangan.

“Chacha nak elak tapi tak dapat nak kawal kereta sebab terlalu panik dan terlanggar pembahagi jalan.

“Lelaki yang pandu kereta tersebut terus pecut kereta dia tanpa bantu kami. Nasib baik ada ramai orang awam yang ada dekat situ tolong,” kata Didi ketika dihubungi mStar Online.

Kejadian berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas makan malam di Jalan Alor.

Didi memuat naik foto wajahnya selepas mengalami kemalangan di laman Instagram dan ia mendapat perhatian pengikutnya.

Beginilah keadaan kereta Honda milik Chacha.

Tambah Didi lagi, dia hanya mengalami bengkak di muka manakala Chacha mengalami kecederaan di bahagian hidung disebabkan tersembam ke hadapan beg udara.

“Muka saya saja yang bengkak manakala Chacha cedera di bahagian hidung. Tapi yang teruknya kereta Chacha saja. Nasib baik kami tidak mengalami kecederaan serius,” ujarnya.

Dalam pada itu, Chacha ketika dihubungi mStar Online memberitahu keadaannya kini semakin pulih dan hanya memerlukan rehat.

“Alhamdulillah, saya okey dan tidak mengalami kecederaan yang teruk. Masa kemalangan itu sahaja darah keluar tidak henti,” katanya.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/01/30/didi-chacha-kemalangan/#1qHDtrq6o0fEVDQw.99

sumber:mstaronline
Siapa  Chacha Maembong ?
Siti Aisyah binti Ismail (lahir 31 Julai 1996) atau lebih dikenali sebagai Chacha Maembong merupakan seorang pelakon wanita Malaysia dan adik kepada pelakon terkenal Emma Maembong. Ayahnya, Ismail Embong atau lebih dikenali sebagai Maembong adalah seorang pelukis tersohor negara. Beliau pernah melakonkan watak sebagai Mira Sofea. Chacha juga pernah digosipkan di instagram kerana mempunyai hubungan istimewa dengan Ikwal.

Ramai sebenarnya tidak mengetahui bahawa Chacha Maembong terlebih dahulu terjun ke dunia hiburan berbanding kakaknya tetapi tuah tidak menyebelahinya. Kalau ada yang masih ingat, beliau pernah berlakon di samping Eina Azman dan Afiq Muiz dalam drama Mimpi Cinderella suatu ketika dahulu. Dan kini dia berlakon di samping sepupunya Nelydia Senrose dalam drama Setia Hujung Nyawa.

Chacha juga mempunyai darah kacukan Melayu-Scotland

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*