CERITA SEBENAR INSIDEN PELUMBA BASIKAL TERJATUH DI GARISAN PENAMAT, PENJELASAN YANG TIDAK DISANGKA

Percayalah, apa yang terjadi pada pelumba Johor dan Terengganu dalam perlumbaan berbasikal lebuhraya SUKMA Perak ini bukanlah aksi yang disengajakan tetapi takdir telah menentukan segalanya. Apa-apa boleh jadi dalam perlumbaan walaupun sudah hampir ke garisan penamat.

Untuk pengetahuan semua, pelumba Johor tidak mengahalang atau cuba menjatuhkan pesaing dari Terengganu. Pelumba Johor ada masalah teknikal basikal di 150m akhir ke garisan penamat untuk pecutan terakhir bagi mendapatkan pingat emas tetapi nasib tidak menyebelahi pelumba Johor yang menghadapi kegelinciran tayar lalu rantai basikalnya terjatuh dari landasan tetapi beliau masih lagi dapat mengawal basikalnya dari terjatuh. Pelumba Terengganu cuba mengelak insiden itu tetapi beliau terlanggar roda belakang pelumba Johor yang menyebabkan beliau jatuh dan tidak dapat meneruskan perlumbaan. Selepas itu, Pelumba Johor menamatkan perlumbaan tersebut dengan berlari ke garisan penamat bersama basikal yang ditolak.

Selepas insiden pelanggaran itu berlaku di akhir perlumbaan, pelumba Johor yang kedua iaitu Mohamadsaari Amri berada di kelompok kedua bersama pelumba Johor yang ketiga Mohamad Faiz dan menamatkan saingan di tempat yang pertama bersama-sama kelompok kedua manakala Fitri Amar tidak sempat menamatkan saingan di tempat pertama selepas insiden perlanggaran berlaku.

Untuk rakan-rakan dan masyarakat yang masih salahkan Pasukan Johor, tidak mengapa. Anda tidak tahu perkara yang sebenar kerana korang tidak berada di tempat kejadian. Pasukan Johor dan Terengganu tiada masalah pun sebenarnya dan pelumba masing-masing pun dah minta maaf atas apa yang terjadi semalam. Mungkin bukan rezeki mereka. Rise up!
#jangankecam #sukmaperak2018

Sumber Hafizul Asyraf

Pendedahan Muhammd Shahmir

#Respect pada kesemua Team Berbasikal Terengganu & Johor…

Sebelum itu teruk dikecam

Sukan lumba Basikal yang sedang berlangsung baru-baru ini berlaku sedikit kekecohan apabila pelumba basikal dari Johor dikatakan mengaja menjatuhkan pihak lawan demi mencapai kemenangan

Video yang menjadi tular tersebut membuatkan netizen berang dan tidak puas hati dengan tindakan perlumba berkenaan

PELUMBA JOHOR DIKENAKAN PENALTI DAN DENDA RM100

Image may contain: text

ANTARA KOMEN NETIZEN SELEPAS LIHAT VIDEO TERSEBUT:

Muhaimin Azhar J suck. Should banned from joining any sport

Kenneth Lhv This is intentionally, the rider needs to be identified and blacklisted from participating any event. Let no more rider be harm by him.

Remy Amer Please report…banned this rider.not have sportmanship

Eiy Sulaini Sakit ht pulak aku tgk, smoga cpt sembuh

Nur Hayati Jenifer AbdullahTengok Dari video memang dia sengaja nampak dia libas dgn Tayar belakang tengok dua tiga kali juga video ni

Yoo BuuNormal la…siapa tk nak menang..siapa tk nk mengalah.tpi langkah berhati hati penting.lumba basikal mmg best..kau kena ingat..nk dpt kemenangan mesti ada halangan..

Mulhim Razalibtl2 main kotor la player jdt ko sndri yg buang body ke kanan”nmpk sngt nk himpit

Nick Lim Pls ban syaitan ni seumur hidup dalam bidang sukan …

Saiful Samsuddin Mohon tgk balik la, situasi y brlaku jelas ada ancaman dr rider depan. Jgn pengurusan buat2 xnampak lak, ni utk penambahbaikan dr semasa ke semasa. Jgn terapkan permainan licik dalam sukan negara, kelak akan menjadi pemusnah kerjaya dalam sukan negara. Kelak nti apabila kroni2 y menguasai tmpt y penting, tkot mutu dan kualiti atlet menjadi asbab utk kita maju ke hadapan. Please, pengurusan take action.

SELEPAS KONTROVERSI GADUH DALAM BOLA SEPAK DAN FUTSAL. KALI INI JOHOR DIHIMPIT SATU LAGI KONTROVERSI SUKMA PERAK MELIBATKAN ACARA BASIKAL. INI YANG TERJADI

Skuad berbasikal Johor menamatkan kemarau 16 tahun pingat emas acara berbasikal selepas Mohamad Saari Amri Abd Rasim memenangi acara lebuh raya 140 kilometer (km) lepas beramai-ramai lelaki dalam Sukan Malaysia (Sukma) Ke-19, hari ini.

Kejayaan Mohamad Saari, 20, itu yang mencatat masa 3 jam 24 minit 37.104 saat turut memecah dominasi skuad berbasikal Terengganu dalam acara tersebut.

“Tiada kata dapat saya ungkapkan atas kemenangan ini, hanya puas. Kami dapat memecah dominasi Terengganu dalam acara ini. Seingat saya kali terakhir Johor mendapat pingat emas adalah dalamSukma 2002,” katanya.

Sukma: Johor tamatkan kemarau 16 tahun emas acara berbasikal

Perlumbaan tersebut bermula di Arena Batu Kurau dan berakhir di Dataran Warisan.

Saingan hari kedua acara berbasikal itu menyaksikan aksi penuh dramatik pada jarak 100 meter terakhir ke garisan penamat apabila berlaku pelanggaran melibatkan pelumba Johor, Muhammad Nurfitri Ammar Rusli, dan pelumba Terengganu, Muhammad Shahmir Aiman Abd Halim.

Susulan pelanggaran itu, Muhammd Shahmir terjatuh dan mengalami kecederaan manakala Muhammad Nurfitri putus rantai basikal dan terpaksa menolak basikalnya ke garisan penamat.

Sementara itu, ketua jurulatih berbasikal Terengganu Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan, ketika ditemui berkata pihaknya telah membuat bantahan mengenai insiden berkenaan.

“Kami mendahului sejak 40km perlumbaan bermula sebelum penamat sehinggalah pada 100 meter terakhir, pelumba Johor ada himpit dia (Muhammad Shahmir Aiman) dan terkena tayar terus dia jatuh.

RAKAMAN KETIKA PELANGGARAN BERLAKU

PESERTA BASIKAL SUKMA SEDANG DIBERI RAWATAN

“Kami kalah kerana masalah teknikal disebabkan dihimpit, jadi kami buat bantahan 30 minit selepas tamat perlumbaan,” katanya.

Pingat perak acara berkenaan dimenangi Wan Abdul Rahman Hamdan dari Terengganu dengan catatan 3:24.37.119s manakala gangsa menjadi milik pelumba Wilayah Persekutuan, Muhamad Aliff Farhan Abu Samah, dengan catatan 3:24.37.469s. SUMBER : Stadium ASTRO

Sumber indahnyaislam

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*