Berbulan2 tak pergi sekolah, mangsa gas beracun Pasir Gudang masih menderita

Oh My Media
Tragedi pencemaran udara di Sungai Kim Kim Pasir Gudang betul-betul mengejutkan ramai pihak. Sisa toksik yang dibunag ke dalam sungai pada 7 Mac yang lalu telah menyebabkan ramai mangsa terlibat. Majoritinya adalah murid-muris sekolah di sekitar Pasir Gudang. Walaupun tragedi tersebut hampir sebulan lebih berlalu, namun perkhabaran mengenai mangsa-mangsa yang terhidu gas toksik itu seakan kurang mendapat liputan. Semalam, seorang pengguna Facebook telah berkongsi beberapa buah video mengenai tahap kesihatan mangsa tragedi tersebut yang masih belum sembuh sepenuhnya. Menerusi Facebook milik Ai Azman, dia telah memuat naik dua buah rakaman video dua orang kanak-kanak yang masih belum bebas daripada kesan gas toksik yang dihidunya. Menerusi video yang dimuat naik tersebut, dapat dilihat dengan jelas kanak-kanak yang memakai pakaian hospital itu masih belum mampu untuk berjalan dengan betul dan stabil. Pergerakkan yang perlahan dan terketar-ketar berpunca daripada kesan gas toksik itu benar-benar mebimbangkan. Rata-rata rakan Facebook Ai Azman telah menurunkan pelbagai maklum balas terhadap perkhabaran yang dinyatakan itu. Sumber : Ai Azman Via : infobenar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*