BELANJAWAN 2018 TERKINI : BR1M tidak akan diberi kepada Perokok..

PETALING JAYA: Sebuah kumpulan yang giat melawan industri tembakau berkata golongan perokok perlu dikecualikan daripada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).Pertubuhan Tindakan Wanita Untuk Kawalan Tembakau dan Kesihatan Malaysia berkata ia kerana perokok perlu mula memberi keutamaan kepada perkara asas.
“Jika miskin tidak mampu beli ikan dengan harga RM10.00 sekilogram untuk ahli keluarga, kenapa boleh membazir beli rokok yang tidak membawa apa-apa kebaikan,” kata presidennya, Datuk Hatijah Ayob, kepada FMT.

Buat masa ini, harga rokok paling tinggi yang dijual adalah RM17 sepaket, dan terdapat ura-ura harga rokok akan dinaikkan pada pembentangan Bajet 2018 esok.
Pada Bajet 2017 lalu, Perdana Menteri

Datuk Seri Najib Razak mengumumkan BR1M akan diperluaskan kepada 7 juta orang dengan peruntukan RM6.8 bilion ringgit.
Bantuan tunai RM1,200 diberikan kepada golongan isi rumah berpendapatan bawah RM3,000, RM900 untuk isi rumah berpendapatan antara RM3,000 dan RM4,000, dan RM450 kepada golongan bujang dengan pendapatan RM2,000 ke bawah.
Hatijah turut menyokong sebarang cadangan menaikkan harga rokok, dan berkata ia boleh menghalang kanak-kanak, remaja dan golongan miskin tegar daripada membelinya.

“Golongan ini mudah untuk menjadi penagih terhadap nikotin jika ia dibiarkan tanpa sebarang tindakan diambil.
“Dari rokok, para remaja dan belia akan mula ingin mengambil dadah, hingga menyebabkan berlaku masalah sosial seperti masalah disiplin, seks rambang dan sebagainya,” katanya.
Sementara itu, Majlis Belia Malaysia (MBM) mencadangkan harga rokok dinaikkan sehingga RM50 ringgit sekotak dalam Bajet 2018, sekaligus menjadikan ia barangan mahal dan tidak mampu dibeli remaja dan belia.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam pada Jun lalu berkata, Malaysia menyasarkan untuk mengurangkan jumlah perokok kepada 15% menjelang 2025 dan kepada kurang 5% pada 2045, sejajar dengan usaha menjadikan negara bebas asap rokok.

br1m

PETALING JAYA: Sebuah kumpulan yang giat melawan industri tembakau berkata golongan perokok perlu dikecualikan daripada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Pertubuhan Tindakan Wanita Untuk Kawalan Tembakau dan Kesihatan Malaysia berkata ia kerana perokok perlu mula memberi keutamaan kepada perkara asas.

“Jika miskin tidak mampu beli ikan dengan harga RM10.00 sekilogram untuk ahli keluarga, kenapa boleh membazir beli rokok yang tidak membawa apa-apa kebaikan,” kata presidennya, Datuk Hatijah Ayob, kepada FMT.

Buat masa ini, harga rokok paling tinggi yang dijual adalah RM17 sepaket, dan terdapat ura-ura harga rokok akan dinaikkan pada pembentangan Bajet 2018 esok.

Pada Bajet 2017 lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan BR1M akan diperluaskan kepada 7 juta orang dengan peruntukan RM6.8 bilion ringgit.

Bantuan tunai RM1,200 diberikan kepada golongan isi rumah berpendapatan bawah RM3,000, RM900 untuk isi rumah berpendapatan antara RM3,000 dan RM4,000, dan RM450 kepada golongan bujang dengan pendapatan RM2,000 ke bawah.

Hatijah turut menyokong sebarang cadangan menaikkan harga rokok, dan berkata ia boleh menghalang kanak-kanak, remaja dan golongan miskin tegar daripada membelinya.

“Golongan ini mudah untuk menjadi penagih terhadap nikotin jika ia dibiarkan tanpa sebarang tindakan diambil.

“Dari rokok, para remaja dan belia akan mula ingin mengambil dadah, hingga menyebabkan berlaku masalah sosial seperti masalah disiplin, seks rambang dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Majlis Belia Malaysia (MBM) mencadangkan harga rokok dinaikkan sehingga RM50 ringgit sekotak dalam Bajet 2018, sekaligus menjadikan ia barangan mahal dan tidak mampu dibeli remaja dan belia.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam pada Jun lalu berkata, Malaysia menyasarkan untuk mengurangkan jumlah perokok kepada 15% menjelang 2025 dan kepada kurang 5% pada 2045, sejajar dengan usaha menjadikan negara bebas asap rokok..

sumber freemalaysia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*