Bekas Ketua Pengarah Agensi Perisikan Najib Ditangkap SPRM. Salah Guna Wang? Atau Surat C.I.A?

29 Ogos 2018, Bekas ketua pengarah agensi perisikan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Memetik laporan dari Free Malaysia Today (FMT), portal media terbabit difahamkan beliau akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok. Sementara itu, Utusan Online melaporkan, bekas ketua pengarah itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM0 kerana disyaki turut terlibat dalam salah guna wang kerajaan yang diperuntukkan untuk Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) bagi tujuan peribadi.

Mengikut laporan itu juga, beliau ditahan jam 4.14 petang tadi selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan penangkapan itu disahkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki.

Laporan itu turut menyebut suspek akan direman bagi membantu kes siasatan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. Sebelum ini, beliau pernah terpalit kontroversi apabila dikatakan menulis surat kepada Agensi Penyiasatan Pusat (CIA) yang meminta sokongan Amerika Syarikat (AS) terhadap Barisan Nasional (BN).

Dalam surat yang didakwa bertarikh 4 Mei tahun ini dan dialamatkan kepada Pengarah CIA, Gina Haspel, Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak digambarkan sebagai rakan kepada AS. Dalam surat itu juga, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan sebagai ‘anti-Barat dan anti-Yahudi’.

Sepertimana artikel pada 19 Julai 2018, Perisik yang di lantik oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, yang pejabatnya di serbu pihak polis sebaik saja Pakatan Harapan (PH) menang baru-baru ini, rupa-rupanya telah menulis surat rasmi kepada CIA menjelang pilihanraya ke 14. Tujuannya utk memohon bantuan CIA dalam proses pilihanraya dalam bentuk sokongan sekiranya Barisan Nasional (BN) menang tipis.

Akibat takut kalah. Jual maruah negara sampai memohon bantuan asing.

Awal petang kelmarin media tanya kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian beliau dengan segera menjawab balik sambil tanya mana surat tu. Ini dia salinan surat kepada CIA oleh orang Najib.

Kelmarin Datuk Seri Najib Razak menyatakan beliau tidak mengarahkan bahagian penyelidikan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk menulis surat kepada Agensi Risikan Pusat (CIA), Amerika Syarikat (AS) bagi memohon sokongan negara itu, menjelang pilihan raya umum 9 Mei lalu.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu juga berkata beliau tidak tahu menahu berkaitan surat itu dan apa yang dilaporkan berkaitan surat-menyurat yang mencadangkan bertujuan mendapatkan sokongan AS selepas, bukan sebelum pilihan raya.

“Saya terkejut, saya tidak tahu pun kewujudannya. Sementara saya tidak ada peluang untuk lihat surat itu, apa yang dilaporkan media mencadangkan surat bagi mendapatkan sokongan berterusan AS untuk kerajaan Malaysia jika BN menang dalam pilihan raya bagi tujuan kestabilan selepas pilihan raya. Apa yang dilaporkan surat itu tidak dilihat mendapatkan bantuan AS untuk menang pilihan raya ,tetapi selepas pilihan raya.” – Datuk Seri Najib Tun Razak

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata lagi, mana-mana agensi kerajaan, termasuk yang berkaitan dengan hal ehwal risikan, mempunyai kuasa autonomi untuk menjalankan tanggungjawabnya berdasarkan pertimbangan sendiri. Ini bermaksud beliau menyatakan sebarang keputusan atau tindakan dari agensi lain dibawah kawalan beliau, berhak melaksanakan tugas atas kapasiti agensi tersebut dan bukan beliau yang membuat keputusan.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata surat itu mungkin dihantar dengan niat memelihara kestabilan kerajaan jika terdapat kemenangan tipis. Yang dimaksudkan beliau ialah Kerajaan Barisan Nasional sebelum PRU14.

Mungkin media dapat mendedahkan keseluruhan surat itu supaya orang ramai, termasuk saya, lebih faham.” – Ujar beliau lagi.

KLIK UNTUK LIHAT VIDEO PENAFIAN NAJIB

KLIK UNTUK BACA POSTING

Perisik yang di lantik oleh Najib, yang mana opisnya di serbu polis sebaik saja PH menang, rupa2nya telah menulis kepada…

Posted by Mahathir The Legend on Thursday, 19 July 2018

Bekas Ketua Pengarah Perisikan Direman Lima Hari Bekas Ketua Pengarah Organisa

Bekas Ketua Pengarah Perisikan Direman Lima HariBekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hasanah Abdul Hamid ditahan reman lima hari oleh Mahkamah Majistret Putrajaya bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa peruntukan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 lalu.

Posted by Buletin TV3 on Tuesday, 28 August 2018

SUMBER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*