INI MAKAN DIA BANG. BAPA MANGSA TANGKAP SENDIRI PERAGUT CUBA UNTUK RAGUT ANAKNYA

Sambil memaparkan wajah kasihan, seorang peragut berkali-kali memohon maaf terhadap seorang lelaki kerana meragut beg tangan anak perempuannya di sebuah stesen minyak di Bukit Makmur, Sungai Lalang dekat sini.

Bagaimanapun taktik peragut berkenaan yang berusia kira-kira 30-an gagal apabila lelaki tersebut tetap dengan pendirian untuk memanggil pihak berkuasa bagi menahannya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5 petang apabila lelaki berkenaan meragut mangsa yang membeli buah di tepi jalan berhampiran pasar raya besar Tesco, Legenda Heights.

“Peragut itu yang menaiki motosikal kemudiannya dikejar oleh bapa mangsa sehingga ke stesen minyak tersebut. Dia kemudiannya masuk ke dalam tandas bagi menyembunyikan diri.

“Cubaannya itu bagaimanapun gagal apabila berjaya ditemukan oleh bapa mangsa yang kemudiannya menangkap dan menghubungi pihak polis bagi mengambil tindakan terhadap suspek,” katanya ketika dihubungi Utusan Online, di sini hari ini.

Sementara itu di laman sosial, tular klip video memaparkan peragut berkenaan berkali-kali merayu supaya tiada tindakan diambil terhadapnya.

Sambil meminta maaf berkali-kali, peragut itu memohon supaya pihak polis tidak dipanggil dengan memberi alasan ini kali pertama dia meragut selain mendakwa dirinya susah.

Bapa mangsa walaupun kelihatan tenang dan bijak mengawal emosi, namun berkeras mahu mengambil tindakan terhadap suspek. – Utusan Online

Artikel Menarik berikutnya…

IBU, JANGAN TINGGALKAN BABY! TOLONG BABY!’ – ANAK MENANGIS DAN MERAYU TAK NAK PERGI SEKOLAH, RUPA-RUPANYA

Susulan viral video di media sosial yang menunjukkan dua guru wanita mengasari beberapa muridnya sehingga mencetuskan kemarahan warga netizen, ibu kepada salah seorang murid yang juga dihantar ke tempat yang sama tampil meluahkan perkara yang berlaku kepada anaknya.

Selama ini, anak perempuan banyak memberi tanda-tanda seperti tidak mahu pergi ke sekolah, namun ibunya tidak mengerti dan memujuk anaknya hadir seperti biasa. Ibunya juga pernah menemui kesan-kesan lebam di anggota badan anaknya itu dan apabila ditanya, guru terbabit memberi alasan anak terjatuh dan banyak lagi alasan lain.

Sehinggalah viral video kejadian, membuatkan si ibu terkejut dan tidak menyangka kejadian seperti itu boleh berlaku di sekolah anaknya.

AKU bersyukur sangat. Kalau tak disebabkan Cikgu Atika viral video ini, sampai bila-bila kekejaman berlaku di Taska PPKK. Aku sedih sangat, aku paksa anak aku pergi sekolah. Aku cakap,

“Kalau baby tak nak pergi sekolah, mama tak nak belikan mainan.”

Patutlah setiap kali hanar ke sekolah, mesti dia akan menangis dan merayu.

“Ibu, jangan tinggalkan baby. Ibu tolong baby.”

Bila waktu pagi, nak kejutkan baby untuk pergi sekolah, dia buat-buat meninggal. Ya Allah, sedihnya. Barulah aku tahu kenapa paha baby lebam-lebam. Bila ditanya,

“Kenapa kaki baby lebam-lebam? Siapa buat?”

“Kawan baby buat,” jawabnya.

Cikgu-cikgu saiko anak aku sampai macam itu sekali. Baru lepas 6-7 hari tangan kanan ada kesan gigitan, tak sangka bila tanya siapa yang buat, dia kata Dina yang menggigitnya. Rupa-rupanya pada 11 Ogos lalu, aku terbaca salinan laporan polis yang mengenai kes dera yang berlaku di taska anak aku. Berderau darah aku!

Betapa sedih dan luluhnya hati ini bila teringat kesan-kesan lebam, bila tengok video viral itu, anak pegang beg tunggu turn. Banyak sangat yang dah berlaku pada my baby. Setiap kali kalau aku yang hantar, pasti aku belikan sarapan untuk cikgu-cikgu itu sebab mengenangkan jasa dia menjaga anak aku dalam keadaan baik.

Sumber: Thereporter

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*