Bapa dikerrat 6 oleh anak

IPOH: Seorang lelaki warga emas dibnuh secara kejam oleh anak lelakinya dengan dikerrat enam bahagian termasuk kepala dipnggal di Kampung Kanthan Baru di sini, hari ini.

Myat You Su Kim, 74, ditemui di dua lokasi berbeza iaitu dalam sebuah tangki kumbahan sedalam 1.5 meter dan lubang yang digali di belakang rumah mangsa.

Kejadian ngeri itu disedari oleh anak perempuan mangsa kira-kira jam 9 pagi tadi selepas menemui beberapa kesan darah di tilam, bantal dan dinding rumah terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman, berkata susulan penemuan myat berkenaan, polis menahan anak lelaki mangsa berusia 52 tahun pada jam 1.30 tengah hari tadi.

Menurutnya, jiran memaklumkan ada mendengar pergaduhan antara mangsa dan anak lelakinya, malam tadi.

“Suspek yang ditahan kemudian menunjukkan senjata iaitu sebilah parang panjang berukuran 0.6 meter yang dipercayai digunakan untuk memotong tubuh mangsa.

“Senjata itu ditemui dalam sebuah bilik di rumah terbabit dan terdapat kesan darah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Yahya berkata, suspek dipercayai melakukan perbuatan kejam itu selepas beberapa kali dimarahi bapanya kerana menghisap syabu dalam rumah dan suspek turut disyaki berada dalam keadaan khayal ketika membnuh dan mengerat tubuh badan mangsa.

Menurutnya, kedua tangan dan kaki mangsa yang dikerrat serta kepala yang dipnggal ditanam di dalam lubang yang digali suspek berhampiran pagar di belakang rumah, manakala bahagian badan mangsa pula dibuang ke dalam tangki kumbahan.

“Polis percaya mangsa dibnuh sekitar jam 12 tengah malam dan seorang daripada anak perempuan mangsa yang tinggal berhampiran mendakwa ada mendengar bapa serta abangnya bertengkar kira-kira jam 8 malam.

“Siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membnuh dan myat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat,” katanya.

Sementara itu, seorang anak perempuan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Yong berkata, beliau ke rumah bapanya untuk memeriksa keadaan bapanya susulan bimbang dengan pertengkaran yang berlaku malam tadi.

“Sebaik masuk ke dalam bilik bapa, saya curiga apabila lihat kesan darah pada tilam dan bantal, saya meminta bantuan jiran untuk mengesan bapa sebelum menemui kesan tanah dikorek di bahagian belakang rumah.

“Bapa sakit tua dan lumpuh manakala adik lelaki (suspek) ditugaskan menjaga bapa sejak beberapa tahun lalu dan mereka tinggal berdua saja di rumah berkenaan,” katanya.

SUMBER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*