Apa Budak Kecil Ini Buat Sampai SEPHORA Kerugian Besar???

Kebiasaannya, kaum wanita yang berminat dengan alat solek, pastinya akan menjejakkan kaki ke kedai alat solek dan sebelum membeli, kita mesti akan mencari tester dulu untuk dicuba.

Baru-baru ini tular di Facebook gambar tester alat solek di Sephora yang berada di Georgia, US musnah dirosakkan oleh seorang budak kecil.

Melalui entri Facebook daripada seorang wanita, dia menyatakan perasaan terkejut sehingga hendak pengsan, apabila ternampak tester alat solek di Sephora rosak akibat daripada perbuatan seorang budak kecil.

Dia juga turut menyatakan alat solek tersebut bernilai 1,300 dollar Amerika yang berharga kira-kira RM4,000. Banyak tu!


Sumber: Facebook


Sumber: Facebook

Selain itu, wanita itu turut menasihati ibu-ibu lain untuk tidak membawa anak kecil mereka ke kedai alat solek kerana bimbang hal seperti ini berlaku.

Dia juga turut memberitahu bahawa dia akan menyuruh anaknya meletakkan tangan di dalam poket dan hanya berada di kedai menjual alat solek selama 10 minit sahaja.

Menurut wanita itu lagi, walaupun dia tidak menyaksikan kejadian itu sendiri, dia dapat mengagak itu adalah perbuatan budak kecil kerana terserempak dengan ibu dan anak yang bergegas keluar dari kedai itu semasa dia dan kawannya melangkah masuk ke situ. Oh, nak lari la tu kot.

Melihat kejadian itu, dia memberitahu kepada pekerja Sephora dan mereka juga turut terkejut lalu hanya membersihkan serta menggantikan semua alat solek yang telah rosak.

Netizen yang melihat gambar tersebut bersetuju itu adalah angkara budak kecil. Mereka juga turut kecam ibu budak kecil tersebut yang dianggap tidak menjaga anak mereka.

Namun, terdapat juga netizen yang menganggap entri berkenaan adalah sengaja untuk memalukan kaum ibu. Salah seorang netizen marah dan mengatakan bukan senang untuk kaum ibu meninggalkan anak mereka di rumah.

Bukan itu sahaja, seorang netizen tidak bersetuju ia adalah angkara budak kecil kerana tester alat solek tersebut diletakkan di bahagian tinggi dan kanak-kanak tidak mungkin dapat mencapainya.

Budak kecil mempunyai sifat ingin tahu yang kuat. Jadi ibu bapa perlulah sentiasa awasi anak mereka takut-takut perkara begini terjadi.

 

 

Netizen Kecam Jenama Kosmetik Tempatan Tiru Konsep Sephora dan Jual Kosmetik Palsu

Bagi penggemar barangan kosmetik luar negara, anda pasti tak berapa senang apabila mendengar berita yang satu ini. Baru-baru ini, seorang usahawan tempatan telah membuka sebuah butik kecantikan di Kota Bharu, Kelantan.

Sumber: Vitdaily

Butik yang dinamakan Sefarra ini telah ditubuhkan Farra Fareez yang juga pengasas kepada produk kecantikan Farra Beauty.

Pada 18 Oktober lalu, sebuah pelancaran eksklusif telah diadakan untuk meraikan pembukaan butik tersebut yang dihadiri oleh artis terkenal seperti Hanez Suraya dan usahawan kecantikan, Nur Sajat.


Sumber: Facebook


Sumber: Facebook

Walau bagaimanapun, kemunculan butik kecantikan ini telah menimbulkan tanda tanya serta kecaman dari netizen oleh kerana persamaannya dengan butik kecantikan terkenal, Sephora. Biar betul?

Persamaannya bukan setakat 30 ke 50%, namun ia dikatakan hampir 99.9% serupa dengan jenama kosmetik terkenal dunia itu!

Sudahlah nama seakan-akan sama, ciri-ciri seperti kad keahlian, beg kertas dan logo jenama Sefarra yang berwarna hitam putih juga jika dilihat sekali imbas memang sama konsepnya dengan jenama Sephora.

Sumber: Coconuts

Sumber: SAYS
Akibat dari persamaan ini, rata-rata netizen telah mengkritik dan mengecam Sefarra kerana meniru habis-habisan jenama terkenal dunia itu.

Sumber: Twitter

Sumber: Twitter

Sumber: Twitter
Malah lebih teruk lagi, Sefarra juga didakwa menjual produk kosmetik palsu! Alahai macam tak percaya pulak…

Sumber: SAYS

Sumber: Twitter
Tidak cukup dengan itu, minyak wangi yang dijual di butik kecantikan tersebut juga turut menimbulkan persoalan. Sefarra Miniature Perfume dikatakan telah meniru jenama minyak wangi terkenal antarabangsa iaitu Chanel.

 

Sumber: SAYS
Menurut laman rasmi Facebook Sefarra, minyak wangi tersebut mempunyai empat jenis bauan yang berbeza dan dikatakan terinpirasi dari wangian seperti Coco Chanel, Dior Addict, Chloe dan Gucci Guilty.

Walau bagaimanapun, butik ini juga ada menjual barangan kosmetik dari jurusolek terkenal tempatan seperti Alha Alfa, Ferra Rossa, Nuex Rosli dan Najeeb Azmi.

Sumber: Vitdaily
Isu peniruan ini bukanlah pertama kali berlaku ke atas produk-produk terkenal antarabangsa dan dalam negara. Jenama Duck yang diasaskan Vivy Yusof misalnya, pernah ditiru konsep penjenamaan dan produknya oleh jenama tudung doNUT.

Manakala jenama NARS yang terkenal di Peranchis pula pernah menjadi mangsa peniruan jenama kosmetik tempatan ANAS yang ditubuhkan Ogos 2017 lalu.

Sumber: SAYS

Sumber: SAYS
Adalah lebih baik kalau sesuatu produk tersebut tidak meniru mana-mana konsep jenama yang sudah terkenal di antarabangsa. Ori kan lebih bagus dan mudah diterima ramai.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*