“Allah Bayar CASH Di Dunia” Lelaki Ini Pergelangan Tangan Nya Putus Akibat …? Rupa Rupa Nya Ini Punca Nya Buat Ramai Tak Percaya!!

“Allah Bayar CASH Di Dunia” Lelaki Ini Pergelangan Tangan Nya Putus Akibat …? Rupa Rupa Nya Ini Punca Nya Buat Ramai Tak Percaya!!

PADAH menyamun, seorang lelaki dilibas dengan senjatanya sendiri ketika cuba menyamun dua pekerja Indonesia sehingga menyebabkan pergelangan tangannya terputus.Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi Sabtu di rumah pekerja ladang SMC Sungai Toh Pawang, Bedong, Kedah, suspek bersama seorang lagi rakannya menceroboh masuk ke rumah mangsa dengan bersenjatakan sebilah parang.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abd Hamid berkata, kejadian berlaku semasa kedua-dua mangsa sedang tidur dan terjaga sebaik terdengar bunyi bising setelah pintu rumah ditendang.“Mangsa yang terjaga, keluar dari bilik dan terkejut apabila mendapati dua suspek tidak dikenali bersenjatakan parang menyerangnya.“Akibat dari serangan itu, mangsa cedera di bahagian ibu jari tangan kiri,” katanya memetik laporan sebuah portal berita tempatan.

Mangsa kemudian bergelut dengan suspek sehingga keluar daripada rumah sambil disaksikan oleh rakan suspek.

Seorang lagi penghuni rumah yang terdengar pergaduhan tersebut terus keluar dan memukul suspek menggunakan batang besi dan rakan suspek yang panik cuba melarikan diri.“Mangsa bagaimanapun sempat merampas parang dan terus melibas tangan suspek, membuatkan pergelangan tangan kiri lelaki berusia 22 tahun itu terputus manakala antara ibu jari dan jari telunjuk tangan kanannya koyak,” katanya.Tambah Saifi, suspek cuba mendapatkan rawatan dengan laporan mendakwa dirinya telah ditetak oleh pekerja ladang. Bagaimanapun perbuatannya itu terbongkar apabila siasatan dijalankan.Tiada kerugian yang dialami oleh mangsa, namun polis akan menyiasat sama ada ia berkaitan dengan pergerakan kongsi gelap ataupun tidak.

Polis juga turut menahan seorang lelaki berusia 17 tahun yang ditahan di perkarangan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), manakala seorang lagi suspek berusia 22 tahun ditahan semasa mendapatkan rawatan di hospital yang sama.Semakan rekod mendapati, suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan pernah terlibat dengan satu kes cubaan samun pada awal tahun ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394/326 Kanun Keseksaan.

Sumber:-MYNEWSHUB.CC

Berita seterusnya..

Dendam Diejek Tak Kacak, Lelaki Cabul,Rogol Dan Bunuh Remaja Perempuan!

JAWA, INDONESIA – Mayat seorang remaja perempuan berusia 15 tahun ditemui di sawah dalam keadaan separuh bogel dipercayai telah dirogol sebelum dibunuh, lapor Detik News.Mangsa, Eka Yuniarti, 15, ditemui di sebuah pondok sawah di Pasuruan pada jam 11 pagi, Selasa lalu dalam keadaan separuh bogel dan terlentang dan kemaluannya berdarah. Selain itu, bahagian mata dan mulutnya didapati mengalami kecederaan.Polis juga menemui beberapa pakaian milik mangsa dan juga seketul batu yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk membunuh mangsa.

Susulan penemuan mayat mangsa, polis telah menyoal siasat beberapa individu yang mengenali mangsa. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, polis telah menahan seorang remaja lelaki berusia 17, yang dipercayai telah membunuh mangsa, di rumahnya pada jam 3.50 petang, Rabu.Berdasarkan siasatan, Muhammad Madinatul Huda, merupakan rakan mangsa, mengaku telah mencabul, merogol dan membunuh mangsa sebelum membuang mayatnya di pondok sawah tersebut.Suspek berkata, sebelum kejadian itu berlaku, suspek bersama enam lagi rakannya termasuk mangsa dikatakan sedang minum minuman keras sehingga mabuk sekitar jam 9 malam pada Isnin lalu.Ketika sedang menikmati minuman tersebut, kumpulan itu ternampak sebuah kereta polis yang sedang meronda, menyebabkan mereka semua panik lalu melarikan diri.

Kebetulan mangsa dan suspek lari bersama-sama ke kawasan sawah dan bersembunyi di sebuah pondok. Ketika sedang bersembunyi, suspek telah bertindak meraba-raba mangsa. Mangsa cuba melawan, tetapi tindakannya itu menyebabkan suspek berang lalu menumbuk dan memukul kepalanya dengan batu bata.Selepas memuaskan nafsunya, suspek sekali lagi memukul kepala mangsa menggunakan kayu dan mencekiknya sehingga mati. Malah, suspek turut menusuk kemaluan mangsa menggunakan sebatang kayu.

“Di waktu tengah malam, saya cekik lehernya dengan kayu dan menghempuk mukanya dengan batu. Semua itu saya lakukan seorang diri tanpa bantuan orang lain.“Kami sudah saling mengenali sesama diri dan pernah keluar bersama. Saya membunuhnya kerana saya kesal dengan dia (mangsa) yang selalu mengejek saya di depan kekasihnya,” katanya.Siasatan mendapati, suspek bertindak demikian kerana menyimpan dendam terhadap mangsa yang sebelum ini kerap kali mengejek dia di depan kekasihnya.Bagaimanapun, pihak polis masih lagi menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sama ada empat lagi suspek yang ditahan terlibat dalam jenayah itu.

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*