Aliff Syukri Kata Badang Lebih Hebat Dari Black Panther. Kos Berjuta, Cuba Teka Berapa Kutipan. Pasti Anda Terkejut!

Sebelum ini kecoh Aliff Syukri menyuruh pelajar salah sebuah IPTA membeli tiket filem Badang. Adakah berjaya untuk pecah panggung mengalahkan Black Panther? Ikuti artikel tiket ini dahulu. Berapa kutipan filem Badang didedahkan pada artikel dibawah juga.

Bukti Pelajar Harus Membeli Tiket Filem Badang Untuk Markah

Pengguna Facebook yang bernama Asrul Muzaffar Mohammed telah mengeluarkan satu status “Benarkah pelajar Fakulti Filem Teater dan Animasi (FiTA) UiTM dipaksa membayar tiket untuk menonton BADANG atau mana mana filem produksi Dekan mereka? (2018)”. Rata rata mendapat kencaman teruk terhadap filem itu dari pelajar dan alumni IPTA itu sendiri. Bukti disediakan yang menunjukkan memang mereka perlu menonton filem Badang lakonan Aliff Syukri itu.

Ini antara komen komen terdapat pada facebook.

“kalau perasan kan,pelakon² taraf antarabangsa semuanya turun padang promosi filem sendiri tak kiralah dia ke,member dia yang lain ke mesti akan ramai yang support tapi cuba tengok pelakon Badang,siap sempat bercuti kat London”

“Wajib dengan pemberian markah….agak celaka jugak cara nak dapat carry mark kalau dipaksa sampai macam tu sekali”

Ada juga yang menganggap ini bukan satu paksaan tetapi untuk memperolehi markah extra dalam pembelajaran mereka.

“I as ex student FiTA would say it’s not PAKSA but it’s up pada student untuk pergi menonton because somehow the film will be one fo your assessment to get your carry marks. As we as film students memang ada subjek that need us to analyse any film eg cinematography, cgi effect blablabla.”

BUKTI YANG MENUNJUKKAN MEREKA PERLU BAYAR

Aliff Syukri Kata Badang Lebih Hebat Dari Black Panther. Kos Berjuta, Cuba Teka Berapa Kutipan. Pasti Anda Terkejut!

Ramai menjangkakan filem ‘Badang’ bakal menjadi filem pecah panggung apabila menggunakan strategi berbeza dengan meletakkan usahawan terkenal Datuk Aliff Syukri sebagai hero dalam filem tersebut.

Namun, tidak semua publisiti berhasil apabila filem superhero Malaysia ‘Badang’ bernilai RM2.2 juta itu hanya mampu mengutip sebanyak RM68,816.17 selepas 7 hari ditayangkan di pawagam.

Lebih mengejutkan, selain bakat lakonan Aliff Syukri yang dikecam netizen, filem itu juga hanya mendapat rating 1 bintang di IMDB.

Rata-rata penonton mengatakan filem tersebut sangat teruk termasuk dari segi jalan ceritanya dan skrip.

“Filem ini sangat teruk dan boleh buat pawagam jatuh muflis.”

Daripada 6 filem tempatan yang ditayangkan bermula 15 hingga 21 Februari lalu, Badang menduduki tempat ke-5 dalam senarai box office. Filem kekeluargaan sempena Tahun Baru Cina, ‘A House of Happiness’ menduduki tangga teratas dengan kutipan sebanyak RM928,511.03.

Lebih mengeruhkan keadaan apabila pelakon utama filem ‘Badang’ mengatakan filem lakonannya itu lebih baik berbanding filem Hollywood ‘Black Panther’.

Sumber: Says dot com via Rotikaya dot com via OhGebang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*