Akhirnya Mufti Dah Bersuara Isu Pengamal Media Sosial Faiz Roslan

Ketika ini isu mengenai pengamal media sosial, Faiz Roslan hangat diperkatakan. Malah begitu ramai yang mengecamnya kerana pelbagai kontroversi telah timbul kerana perbuatan dan sikapnya sejak beberapa minggu yang lalu termasuklah mengenai pengakuannya pada umum yang dia dan rakan-rakannya tidak berpuasa dan menganggap ianya sebagai satu perbuatan yang sia-sia.

Setelah banyak pihak merayu dan memohon mana-mana agensi termasuk Jabatan Agama Islam mengambil tindakan kepada Faiz, akhirnya sebentar tadi Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri telah menulis sepucuk surat secara terbuat buat pengamal media sosial itu.

Mufti Hantar Surat Terbuka Untuk Faiz

Malah pada penghujung surat terbuka itu, Mufti berkenaan turut menjemput Faiz dan rakan-rakannya untuk hadir ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bagi membincangkan perkara-perkara yang berbangkit.

Artis Luah Rasa Tidak Puas Hati

Dalam perkembangan lain, sebelum ini kami pernah menyatakan terdapat beberapa selebriti yang turut mengecam perbuatan Faiz. Antaranya adalah Azza Elite, Hafiz Hamidun, Sharnaaz Ahmad, Syatilla Melvin dan Zulin Aziz.

Rata-ratanya menganggap perbuatan itu tidak seharusnya dibanggakan. Ini bukanlah kali pertama mahupun kedua Faiz diberi peluang. Diharap kali ini dia benar-benar insaf dan melakukan sesuatu yang lebih bermakna.

Sumber : hangat

FAIZ ROSLAN MENGAKU TAK PUASA, INI SEBAB DIA BAGI KENAPA DIA TAK BOLEH PUASA

Faiz Roslan, nama yang meningkat naik hanya disebabkan kontroversi yang dia buat di media sosial. Baru baru ini dikecam hebat oleh netizen kerana parody sehingga Da’i Wan pun tegur dan beberapa artis lain juga menegur Faiz Roslan. Baru baru ini dia membuat 1 lagi kontroversi yang berkait rapat dengan bulan Ramadhan. Dia mengaku bahawa dia tidak boleh puasa. Tidak Boleh Puasa? Dah kenapa dik .. haha!

Sebelum kita teruskan lagi kenapa dia tidak boleh puasa, dia ada buat parody Safiey Illyas memarahi netizen. Jom layan ini dulu.

‘Kali Ni Kakak Behave’- Lebih 121K Tontonan, ‘Kau Puasa Ke Tak’ Versi Faiz Roslan Yang Paling Sopan?

Aksi Muhammad Faiz Roslan menjadi viral kerana memakai pakaian umpama perempuan dan tarian yang seksi. Video parodi itu juga telah dimuat naik pada bulan Ramadhan dan ramai netizen yang tidak bersetuju dengan kelakuan yang mereka tonjolkan kerana di ibaratkan tidak menghormati bulan yang mulia.

Faiz Roslan memang terkenal dengan jolokan raja parodi kerana sentiasa mempunyai idea baru yang lucu untuk dipertontonkan kepada umum. Pada tahun 2014, Faiz dikatakan sebagai seorang pelawak kerana videonya hanya mengenai lawak semata-mata. Namun kini lain pula jadinya apabila aksi Faiz dianggap berlebihan dan tidak sesuai dengan dirinya.

Semalam, satu rakaman video berdurasi 47 saat telah dimuat naik oleh Faiz di laman Instagramnya. Video tersebut merupakan video parodi iaitu meniru gaya Safiey Illyas. Berikut merupakan kapsyen yang telah dimuat naik.

“Yang kutuk-kutuk tu #KauPuasKeTak? Selamat berbuka semua @safieyillias94 #KaliniKakakBehave”.

Susulan kontroversi mengenai video parodi nyanyian Siti Badariah dan menerima kecaman bertubi-tubi dari netizen, Faiz kemudian telah menutup ruangan komen pada laman Instagram peribadinya. Keberangkalian tindakan Faiz sangat sesuai untuk mengelakkan komen-komen negatif dari netizen.

Sehubungan itu, diharapkan Faiz lebih berhati-hati selepas ini untuk melakukan sesuatu perkara bagi mengelak perkara tidak baik lebih-lebih lagi sekarang bulan suci Ramadhan.

Sumber: IG Faiz Roslan via Kisah Dunia

INI SEBAB KENAPA FAIZ ROSLAN MENGAKU TIDAK BOLEH PUASA

Dia mengatakan jika dia puasa akan jadi sia sia kerana dia tidak solat 5 waktu. Jika tidak solat 5 waktu buat apa dia nak puasa. Anda lihat sendiri video di bawah dan nilaikan sendiri.

SUMBER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*