Akhirnya Haziq Ditemui, Damailah kau di sana… Al Fatihah

Selepas hampir seminggu mencari, sumber Sinar Harian memaklumkan Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17, yang hilang sejak Jumaat lepas disahkan telah men1nggal dunia.

Beliau memberitahu maklumat terkini tersebut menerusi satu panggilan telefon sebentar tadi.

Menurutnya, difahamkan esok Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dijangka terbang ke sana untuk menghadiri majlis pengebumian.

“Dukacita dimaklumkan jen4zah Mohd Haziq yang hilang sejak Jumaat lepas telah ditemukan.

“Dia menqnggal dunia akibat ditemb4k dalam insiden di Masjid Al N00r” katanya.

Sebelum ini, difahamkan keluarga Mohd Haziq akan melakukan pengecaman m4y4t di Hospital yang dijadualkan esok.

Maklumat itu dikongsi Rahasnan Abdul Rashid, 57, abang kepada Nazril Hisham Omar, salah seorang m4ngsa temb4kan yang menerima rawatan di hospital sama.

“Saya sempat bertemu dengan keluarga seorang lagi mangsa Mohd Tarmizi Shuib, 42, pagi tadi (waktu tempatan).

“Kemungkinan Tarmizi esok boleh balik tapi anaknya seorang lagi (Mohd Haziq) masih hilang. Keluarganya sepatutnya hari ini pergi buat pengecaman m4y4t kerana ada satu lagi m4y4t belum dikenal pasti.

“Sepatutnya hari ini tapi tak jadi lagi, tak tahu sebab apa. Saya tanya mereka dan mereka kata belum buat lagi, mungkin esok (hari ini) buat. Ramai keluarganya datang ke hospital,” katanya ketika dihubungi petang tadi.

Sebelum ini, ibunya, Marina Hamzah,46, telah menyerahkan gambar dan nama anak sulungnya itu kepada polis bagi memudahkan usaha mengesan remaja berkenaan dibuat.

Dalam kejadian itu, Mohd Haziq mengikut bapanya, Mohd Tarmizi ke masjid pada hari kejadian sebelum dilaporkan hilang selepas kejadian temb4kan berlaku.

Sumber Dari Sinar Harian akan cuba mendapatkan maklumat penuh dari semasa ke semasa dan buat masa ini, hanya ini sahaja maklumat diperoleh pihak kami.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*