AHMAD MASLAN KENA SOUND 2 KALI DALAM PARLIMEN ,SATU DEWAN KETAWA BESAR, INI SEBAB NYA

Datuk Ahmad Maslan (BN-Pontian nama yang tidak asing lagi dalam arena politik tanah air. Pelbagai telatah beliau yang melucukan. Yang terbaru beliau Kena Sound Stepek oleh Dato’ Saifuddin Nasution Ismail disebabkan beliau Main Phone ketika Sidang Parlimen. Sebelaum ini Ahmad Maslan juga pernha “Mengamuk” Di Parlimen

Datuk Ahmad Maslan (BN-Pontian) menyelar penubuhan Tabung Harapan oleh kerajaan pemerintah bagi membayar hutang negara yang dikatakan kini mencecah sehingga RM1 trilion.

Ujarnya, tiada kerajaan didunia kecuali Korea Selatan yang pernah menubuhkan sebuah tabung khas meminta derma daripada rakyat bagi melunaskan hutang kerajaan.

“Mana ada negara dalam dunia ini kecuali Korea Selatan yang minta derma untuk membayar hutang (kerajaan). Kerajaan yang berhutang, kerajaanlah bayar. Apahal rakyat pula yang kena bayar,” katanya di parlimen hari ini.

Kata Ahmad, sewaktu Datuk Seri Najib Tun Razak (BN-Pekan) menjadi Menteri Kewangan dibawah pemerintahan BN, Bank Dunia menyifatkan hutang negara masih terkawal.

“Setiap tahun ketika Menteri Kewangan yang lepas membentangkan bajet, telah disebutkan peratusan tertentu didalam bajet tahunan digunakan untuk membayar hutang. Contohnya 2016 10% untuk bayaran khidmat hutang, 11.1% (2017), 11% (2018).

“Hutang ini sebenarnya terkawal. Bank Dunia menyebut bahawa hutang kerajaan Malaysia terkawal. Kerana 97% hutang itu bersumberkan dana tempatan.”

Tegasnya, dakwaan kerajaan Pakatan Harapan (PH) kini bahawa hutang negara kini mencecah RM1 trilion sebenarnya hanyalah alasan untuk tidak melaksanakan janji menafestonya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

“Mereka mencari alasan untuk tidak melakukan banyak perkara kerana mereka kehilangan hasil yang banyak apabila mereka menghapuskan GST. Itu sebenarnya.

“Dan menuduh hutang kerajaan yang sebenarnya terkawal dan hutang kerajaan yang diakui oleh Bank Dunia tidak membebankan kerajaan yang ada,” katanya lagi.

Kerajaan Berhutang, Kerajaanlah Bayar. Apahal Rakyat Pula Kena Bayar”- Ahmad Maslan “Mengamuk” Di Parlimen

Ahmad Maslan Kena Sound Main Phone Sidang Parlimen

Bukan 1 kali tapi 2 kali Ahmad Maslan kena tegur dengan Saifuddin supaya jangan main handphone. Perkara ini nampak biasa tetapi ketika Saifuddin membentangkan hujah dia ia ditujukan kepada Ahmad Maslan dan ketika itu Ahmad Maslan sibuk bermain telefon. Sehinggalah Saifuddin meminta Ahmad Maslan keluar jika masih mahu main telefon. Lihat video di bawah.

Sumber: BN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*