Abang JPJ Tu Diam Jer Pastu Senyum. Gadis Kongsi Kisah Ambil Lesen Memandu, Nak Pegang Gear Tapi Terpegang Benda Lain

Abang JPJ Tu Diam Jer Pastu Senyum. Gadis Kongsi Kisah Ambil Lesen Memandu, Nak Pegang Gear Tapi Terpegang Benda Lain

Kisah saya bermula pada 7 tahun lepas masa umur saya 19 tahun saya suruh abah daftar saya ambil lesen kereta. Okay abah daftar la kat salah sebuah driving school yg famous kat Selangor ni. 1st class cikgu suruh biasakan main gear. Saya dah penah main gear sebab abah pernah ajar.

Kemudian cikgu tu tengok saya macam sudah pro je. Dia kata jom la saya ajar jalan raya. Dalam ni penuh la, saya cuak la. Tapi takpe la cikgu tu ajar kira ok la. Dah settle semua sesi pembelajaran tibalah masanya saya nak test JPJ. Parking, bukit, 3 penjuru mmg meletops la saya buat. Sampai ada cikgu lain tu kata kat budak-budak dia, kamu buat macam dia.

Tengok dia berhenti atas bukit mcm mana. Mesti la saya dengar sebab bukak tingkap time tu. Pastu jalan raya pulak, tadi dah poyo-poyo elok jalan tak sampai 10 minit mati enjin. JPJ tu garang dia suruh saya turun dan JPJ tu yang drive balik.

Makna kata failed la saya, lepas itu masa dlam kereta nak balik cikgu tu kata kat saya yang pelajar saya semua lulus. Ada seorang je tak lulus. Dia  perli pulak, saya gelak je la. Pastu test kedua jalan raya JPJ garang dan gemuk. JPJ tu gemuk saya pun gemuk. Naik kereta kancil memang sesak lah. Masa nak betul cermin belah JPJ tu mmg tak sampai la tangan saya. Kalau sampai pun kena JPJ tu.

Selalunya kalau pergi balik kita drive potensi utk lulus tu tinggi. JPJ tu bagi borang markah nak hantar kat pejabat. Saya tak tengok sebab memang rasa lulus dah. Happy je saya jalan masa sampai pejabat, tengah tunggu turn saya teringat nak semak borang markah saya tu. Dan saya gagal, geram betul! Memang saya bad mood masa tu mula la saya rasa nak baling sofa-sofa semua.

Test JPJ kedua saya gagal! Saya ambil tarikh test ke3. Tapi masa tu saya dah masuk belajar jadi saya mintak excuse. Lagi pun masa tu orientasi je, saya balik buat 3rd test. Saya pergi la hari kejadian dengan harapan tinggi utk lulus. Ok saya dpt JPJ hensem yg putih dan dia agak baik. Sebab masa saya tengah drive tu dia kata jangan takut. Nanti nak bawa kereta tak boleh takut-takut. Dia je JPJ yg ramah dengan saya sembang-sembang. saya mmg penakut. Sebab saya belom pergi kelas sebelum test ketiga ni. Tengah takut-takut tu saya kalut-kalut nak bawak kete nak tukar gear.

Jadi saya cuba lah pegang gear. Tapi mcm lain je gear ni, saya pegang lagi dan serius memang lain. Saya pun tengok lah.

Korang tahu saya pegang apa?

Saya  pergi pegang lutut JPJ tu! Ya Allah malunya.. Nak gelak takut, JPJ tu diam sahaja lepas tu dia senyum. Dia kata. Kan saya dah kata jangan takut, rilek-rilek je. Saya kemudian minta maaf dengannya cakp saya tak sengaja. Dia kata takpe . Lain kali jangn takut sangat, hati-hati. Saya diam, takut saya lepas tu JPJ tu bagi borang markah suruh hantar kat pejabat.

Video sekadar hiasan

Saya dah tak konfiden lulus dah, dah la saya buat hal tadi. Masa naik tangga pejabat tu saya tengok juga la markah saya. Dan…. Alhamdulillah yahoooo saya lulus. Akhirnya, selepas 3 kali test. Buat adik adik yang nak ambil lesen tu kakak manis nak ucapkan good luck. Jangan pula korang pegang lutut JPJ tu! – Fatin via IIUM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*