8 Cara Sejukkan Badan Dan Rumah Tanpa Air-Cond

cara sejukkan rumah, cara sejukkan badan, cara sejukkan rumah tanpa air cond, rumah tanpa aircond, rumah panas, suhu panas

Panas terik! Duduk diam sahaja di rumah pun sampai basah baju berpeluh-peluh. Kalau nak tidur lagilah terasa bahangnya.

Cuaca panas yang melanda Malaysia kebelakangan ini memang buat sesiapa pun gelisah. Bertuah bagi mereka yang ada air-cond dalam rumah tapi bil elektrik pula pasti melambung tinggi nanti!

Alangkah bagusnya kalau ada cara untuk sejukkan rumah dan badan, tanpa guna air-cond. Nak tahu? Ini yang perlu anda lakukan:

1. Minimakan haba
Pastikan anda tutup semua perkakasan haba macam televisyen, lampu dan laptop

2. Buat air-cond sendiri
Bekukan air botol semalaman. Letakkannya di lantai, betul-betul di bawah kipas siling atau letakkan air botol beku tadi di belakang kipas meja. (Tabur sedikit garam di atasnya untuk kekalkan beku air botol.

cara sejukkan rumah, cara sejukkan badan, cara sejukkan rumah tanpa air cond, rumah tanpa aircond, rumah panas, suhu panas

3. Beralih tempat tidur
Tinggalkan tilam sebentar dan baring atas lantai beberapa minit.

4. Masukkan bantal dan selimut dalam freezer
Lipat kecil-kecil dan masukkan dalam plastik. Gunakan cadar dan sarung bantal dari sutera atau satin.

cara sejukkan rumah, cara sejukkan badan, cara sejukkan rumah tanpa air cond, rumah tanpa aircond, rumah panas, suhu panas

5. Basahkan sapu tangan dan letakkan di belakang leher
Leher mempunyai sensor yang mengawal suhu badan, Jadi kalau leher sejuk, maka seluruh badan akan sejuk.

6. Letak kipas meja berdekatan dengan tingkap
Ini membolehkan udara panas yang terkumpul dalam bilik dikeluarkan. Lagi banyak kipas lagi bagus.

7. Guna pelembap udara atau humidifier
Ia tidak semahal air-cond dan boleh membantu menambah kelembapan udara.

8. Letak sebekas ais depan kipas angin
Boleh tahan sampai 2 hingga 3 jam

cara sejukkan rumah, cara sejukkan badan, cara sejukkan rumah tanpa air cond, rumah tanpa aircond, rumah panas, suhu panas

Memang sangat praktikal dan berkesan. Cuba dulu dan rasakan perubahannya sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

sumber petua ibu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*