”4 Heavenly Kings” Bukan “9 Dragon” – Tan Sri Musa Hassan Menceritakan Perkara Yang Berlaku Masa Itu

KUALA LUMPUR: “Perkara sinonim penglibatan jenayah kumpulan kongsi gelap ini ialah kegiatan menjual dan mengedar cakera padat video (VCD) haram, perjudian, dadah, pengubahan wang haram dan pelacuran termasuk juga mewujudkan kumpulan-kumpulan kongsi gelap untuk menjaga dan melindungi kegiatan mereka,” kata mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Menurutnya, rangkaian sama wujud antara kongsi gelap dan ahli politik tanah air yang disifatkannya berada pada tahap ‘serius’. “Masa saya dulu yang disiasat adalah kumpulan kongsi gelap bergelar “4 Heavenly Kings” dan tidak tahu menahu berkaitan “9 Dragon” yang digembar-gemburkan kini.

Beliau berkata, ketika itu, seorang dari ketua “4 Heavenly Kings” telah berjaya ditangkap dan ditahan dibawah undang-undang pencegahan ketika itu dan yang selebihnya telah melarikan diri keluar negara. “Saya turut mengarahkan pemburuan kumpulan terbabit selain menyenaraikan mereka sebagai orang yang dikehendaki dan perlu ditangkap apabila pulang ke tanah air”.

“Saya hairan mengapa ada pihak yang kaitkan saya dengan kumpulan “9 Dragon” sedangkan saya sendiri tidak pernah dengar nama kumpulan underground berkenaan pada zaman saya menjadi IGP dahulu,” tegasnya. Menyentuh isu mengenai temubual pada 2015 yang ditular itu Tan Sri Musa berkata, wawancara itu dibuat selepas persaraannya dan beliau sebenarnya bercakap mengenai kumpulan “4 Heavenly Kings” bukan “9 Dragon” seperti yang sedang disalah tanggap dan dimainkan media sekarang.

Beliau berkata, ketika itu kumpulan “4 Heavenly Kings” adalah antara jenayah terbesar menjalankan kegiatan pengubahan wang haram dan lain-lain aktiviti haram. Menurutnya, pada masa itu tiada undang-undang pengubahan wang haram dan oleh itu, mereka tidak dapat dituduh kerana pengubahan wang haram dan dengan dana yang banyak itu mereka cuba mengawal ahli politik termasuklah ada dikalangan pegawai dan anggota polis.

Beliau berkata, untuk mencuci wang haram, mereka telah membuka perniagaan pusat-pusat hiburan, restoran-restoran dan pusat-pusat karaoke bagi mengaburi kegiatan kongsi gelap mereka. “Sewaktu itu, saya mengarahkan penangkapan kepala-kepala kumpulan kongsi gelap “4 Heavenly Kings” ini yang bertopengkan seorang ahli perniagaan yang berjaya, dihormati termasuklah seorang dermawan yang menyumbang dengan murah hati kepada pesakit kanser.

Bagaimanapun, ketika itu pihak berkuasa hanya mendapat bantuan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menyiasat kewangan mereka kerana tidak membayar cukai kepada kerajaan. Tan Sri Musa berkata, “Sewaktu itu saya mengarahkan penangkapan kepala-kepala kumpulan kongsi gelap ini sehingga berjaya memberkas dan menumpaskan kegiatan mereka. Menurutnya, pemilik pusat hiburan dan kedai karaoke terbesar di Malaysia yang berusia 46 tahun ketika itu juga merupakan salah satu tokoh paling kuat dalam dunia jenayah yang dikenali sebagai salah satu daripada “4 Heavenly Kings”.

“Dia benar-benar tidak dapat disentuh selama bertahun-tahun kerana pengaruh yang dimilikinya, tetapi empayar pemerintahan keganasannya telah berakhir pada tahun itu,” katanya. Tan Sri Musa berkata, lebih daripada 30 anggota kumpulan berkenaan telah ditangkap dalam tindakan keras polis termasuk dua lagi “Ketua 4 Heavenly Kings”, satu daripadanya juga merupakan ‘pemimpin komuniti yang aktif’ tetapi mengawal pelacuran, perjudian haram dan pengubahan wang haram.

Menurutnya, selepas beberapa minggu penangkapan ketua kumpulan kongsi gelap itu, lebih daripada dua puluh anggota polis yang dituduh melindungi dan mendapat manfaat daripada permainan haram dan pelacuran kumpulan terbabit, telah dipindahkan termasuk dipecat. Tan Sri Musa menegaskan ketua kumpulan “4 Heavenly Kings” ini dipercayai mengendalikan aset bernilai lebih daripada RM1 bilion yang mengawal sebuah empayar jenayah yang besar di Malaysia Barat tetapi sindiket ini sudah berjaya dilumpuhkan, namun tidak menolak kemungkinan kumpulan “9 Dragon” ini adalah kesinambungan dari kumpulan terbabit ataupun tiada kaitan langsung.

sumber:gedebakviral

‘TANGAN GHAIB’ Yang Buat Yusuf Azmi Tertangkap .. Ini Respond Yusuf Azmi Berkenaan ‘Tangan Ghaib’

PENGARAH Unit Tindakan Khas, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) saudara Yusuf Azmi mendakwa penangkapan dan tuduhan di mahkamah terhadap dirinya hari ini diarahkan oleh “tangan ghaib”.

“Tangan-tangan ghaib inilah yang memang mengarahkan. Saya sepatutnya datang ke mahkamah setelah ada budi bicara, …saya sepatutnya dihadapkan di mahkamah pada hari Jumaat ini,”

“…saya menerima panggilan pada hari Isnin, pada pukul 4 petang, sebelum Asar, tapi tiba-tiba seorang pegawai polis telah menghubungi saya balik, pada waktu maghrib mengatakan, saya harus datang ke balai esok kalau tidak saya akan ditangkap di ofis saya dan sebagainya,” dedahnya.

Namun Yusuf menyeru kepada NGO-NGO di luar sana yang berjuang berhabis-habisan (membela rakyat) agar jangan putus semangat dengan kewujudan tangan-tangan ghaib itu.

“Jangan disebabkan perkara ini berlaku kita putus semangat. Hari ini mungkin satu atau dua, tiga tangan ghaib ini, nak cuba menumpaskan kita,”

“Tapi hari ini berapa ramai kita tengok, sokongan daripada rakan media, sokongan daripada pengguna di Malaysia, rakan-rakan semboyan kita, daripada Negeri Pulau Pinang, Melaka, Perlis, dan Johor.”

Katanya lagi, disebabkan oleh satu atau dua tangan ghaib, orang melihat pentadbiran dan kepimpinan semua rosak.

“Disebabkan oleh tangan ghaib ni, semua pemimpin negara dikecam,” tegasnya.

 

SUMBER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*